Lauk Food Style Netizen

Masam-Masam Pedas Yang Memikat, Senang Je Buat Kerabu Mangga Ala Thai!

Masam-Masam Pedas Yang Memikat, Senang Je Buat Kerabu Mangga Ala Thai!
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau di Thailand, makanan seperti Kerabu Mangga ini sangat terkenal sebagai street food kerana cara penyediaannya yang mudah. Kombinasi antara mangga muda dan cili api berikan rasa masam-masam pedas yang memikat. Digabungkan pula dengan kacang goreng untuk tambahkan tekstur crunchy, memang bikin ketagih!

BACA: Guna Santan & Isi Ikan, Ini Rupanya Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kelantan

Disebabkan banyak kedai tutup susulan PKP, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah? Ikut je resepi yang dikongsi oleh Puan Asma Nordin ni. Makanan simple macam ni pun boleh buat suami berselera nak makan tau! Ratah gitu je pun memang layan habis.

May be an image of food and indoor

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda
  • Udang kering
  • Kacang goreng (ditumbuk)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Serai (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)
  • Air limau nipis
  • Daun kesum (dihiris)
  • Bunga kantan (dihiris)
  • Sos sotong
  • Sos ikan
  • Sedikit garam dan gula

May be an image of 1 person, food and indoor

May be an image of food and indoor

Cara membuat:

  1. Sangaikan udang kering di dalam kuali dan ketepikan dahulu.
  2. Hiriskan isi mangga hingga halus dan masukkan ke dalam bekas.
  3. Tambahkan kacang goreng, bawang merah, serai, cili padi, air limau nipis, daun kesum, bungan kantan dan udang kering yang disangai.
  4. Tuangkan sedikit sos ikan dan sos sotong.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  6. Kacau semua bahan hingga sekata.
  7. Kerabu Mangga Ala Thai siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook