snek Biskut Netizen

Meriah & Serikan Lagi Raya Dengan Biskut Sarang Trolls Warna-Warni Ini!

Meriah & Serikan Lagi Raya Dengan Biskut Sarang Trolls Warna-Warni Ini!
Jawatan Kosong baker & pastry

Biskut Sarang Semut merupakan salah satu kuih tradisional yang masih menjadi kegemaran ramai. Campuran tepung jagung dan tepung kastard yang menjadikan kudapan ini lembut dan rangup bila dimakan. Visual ‘sarang semut’ terjadi apabila doh disagat secara halus.

BACA: Resepi Biskut German Butter Pelangi, Paling Mudah Dengan Hanya Lima Bahan

Untuk menyerikan lagi hidangan kuih raya, jom ikuti resepi istimewa Biskut Sarang Trolls daripada saudari Nurhayati ni. Uniknya, 4 pewarna akan ditambah untuk berikan rupa yang mengancam! Mesti anak-anak pun teruja tengok kemeriahan warna biskut ni. Silap-silap, tak sempat raya dah licin sebalang.

Meriah & Serikan Lagi Raya Dengan Biskut Sarang Trolls Warna-Warni Ini!
Kredit Foto: Nurhayati Abd Malek

Resepi Biskut Sarang Trolls

Bahan-bahan:

  • 250g butter
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • Coklat rice
  • Cawan kertas kecil
  • Pewarna kuning, biru, merah dan ungu
Meriah & Serikan Lagi Raya Dengan Biskut Sarang Trolls Warna-Warni Ini!
Kredit Foto: Nurhayati Abd Malek

Cara memasak:

  1. Gaulkan butter, gula, esen vanila dan kuning telur hingga sebati.
  2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan letak di dalam bekas yang berasingan.
  4. Titiskan pewarna biru, ungu, kuning dan merah di dalam setiap bekas dan kacaukan.
  5. Kemudian, sagatkan semua doh dan masukkan ke dalam cawan kertas.
  6. Taburkan coklat rice di atasnya sebagai hiasan.
  7. Selepas itu, panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selama 15 minit terlebih dahulu.
  8. Selepas ketuhar panas, bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
  9. Biskut Sarang Trolls siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Meriah & Serikan Lagi Raya Dengan Biskut Sarang Trolls Warna-Warni Ini!
Kredit Foto: Nurhayati Abd Malek
May be an image of dessert and indoor
Kredit Foto: Nurhayati Abd Malek
May be an image of cupcake
Kredit Foto: Nurhayati Abd Malek

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook