Kuih Lapis antara juadah tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Malah ada sesetengah orang yang suka makan kuih ini selapis demi selapis. Tapi pernah tak anda terfikir untuk upgrade sikit dengan buat versi keledek pula?
BACA: Gebu Di Luar, Manis Di Dalam, Begini Rupanya Cara Buat Kuih Tepung Gomak
Tona warna purple yang terhasil daripada 3 lapisan dapat memikat mata sesiapa sahaja. Hidangan atas meja makan pun terus bertukar meriah! Rasa lemak manis dan teksturnya yang lembut sesuai dimakan oleh semua termasuk kanak-kanak. Untuk hidangan raya, apa kata anda cuba ikuti resepi daripada Puan Raja Amanina ni.


Resepi Kuih Lapis Keledek Ungu
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan keledek ungu
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 2 cawan santan pekat
- 4 cawan air
(Nota: Boleh tambahkan sukatan air jika anda suka tekstur yang lagi lembut) - 1 cawan gula
- 1/2 s.k. garam
- Sedikit pewarna merah jambu dan biru
Cara memasak:
- Pertama sekali, rebuskan keledek ungu.
- Lenyekkan keledek yang direbus dan ketepikan telebih dahulu.
- Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula, garam, air dan santan.
- Kacau adunan hingga sebati.
- Kemudian, kisarkan adunan bersama keledek ungu.
- Asingkan adunan kepada 3 bekas yang berasingan.
- Biarkan satu bekas warna ungu asli keledek.
- Tambahkan pewarna merah jambu dan biru di dalam 2 bekas lagi.
- Setelah itu, panaskan periuk pengukus.
- Sapukan sedikit minyak di dalam loyang untuk mengelakkan kuih daripada melekat.
- Tuangkan lapisan pertama di dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
(Nota: Gunakan api besar). - Kemudian, tuangkan lapisan kedua dan kukus selama 5 minit.
(Nota: Ulang langkah yang sama hingga adunan habis). - Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15 hingga 20 minit.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
- Kuih Lapis Keledek Ungu siap untuk dihidang. Selamat mencuba!



Sumber: Facebook Raja Amanina
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi