Sup Mee Netizen

Mi Segera Asam Laksa Homemade, Confirm Sedap Sampai Menjilat Mangkuk!

Mi Segera Asam Laksa Homemade, Confirm Sedap Sampai Menjilat Mangkuk!
Jawatan Kosong baker & pastry

Mi segera memang menjadi salah satu comfort food bagi kebanyakan orang lagi-lagi budak muda. Kalau sebut je Mi Segera Asam Laksa, mesti terbayangkan serbuk perisa yang ada di dalam paket tu, kan? Apa kata anda cuba masak sendiri kuah Asam Laksa yang confirm sedap hingga menjilat mangkuk ni?

BACA: Resepi Mi Celup Ala-Ala Thailand, Sedap Hingga Hirupan Kuah Yang Terakhir!

Setiap hirupan sup tu, terasa isi ikan dan rempah yang ditumis bersama. Aromanya pula pasti dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja. Baru betul syiokkk! Apa lagi? Jom ikuti perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin ni. Cara nak masak pun cukup mudah dan ringkas. Yang tak biasa masuk dapur pun boleh sangatlah nak masak menu ni. Kacang je! Dijamin menjadi.

May be an image of food and indoor

Mi Segera Asam Laksa

Bahan-bahan:

  • 1 pek mi segera
  • 1 ekor ikan
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 helai daun pudina
  • 1 hingga 2 asam keping
  • 1 sudu kecil otak udang
  • Sedikit garam dan gula

May be an image of food and indoor

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, rebuskan isi ikan, cili merah, bawang merah, dan bawang putih. (Nota: Jangan buang air rebusan).
  2. Kemudian, kisarkan cili merah, bawang merah dan bawang putih yang direbus tadi sehingga halus.
  3. Selepas itu, kisarkan pula isi ikan. (Nota: Jangan kisar ikan terlalu halus kerana kuah akan cair).
  4. Masukkan semua semua bahan yang dikisar ke dalam air rebusan tadi.
  5. Renehkan seketika dan tambahkan pes asam jawa.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  7. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan daum kesum dan bunga kantan.
  8. Kacau sekata dan boleh tutupkan api.
May be an image of food
May be an image of food and indoor
May be an image of food and indoor
May be an image of food and indoor
May be an image of food

Cara penyediaan:

  1. Rebuskan 1 paket mi segera.
  2. Apabila mi sudah lembut, angkat dan toskan.
  3. Letak di dalam mangkuk kaca.
  4. Tuangkan kuah asam laksa di atasnya.
  5. Mi Segera Asam Laksa siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook