Sate Ikan atau Lokcing antara juadah yang famous dan mudah dijumpai di negeri Kelantan dan Terengganu. Rasanya yang enak memang tidak dapat disangkal lagi. Bila dicicah bersama sos cili manis tu, fuhhh tak terkata nikmatnya.
BACA: Confirm Tak Hanyir, Resepi Simple Ikan Patin Tempoyak Ala-Ala Temerloh
Tekak dah mengidam tapi gerai terpaksa tutup disebabkan PKP? Jangan risau kerana hari ni, kami ingin kongsikan resepi Sate Ikan yang hanya menggunakan 3 bahan asas je! Mudah dan yang penting, confirm sedap! Bak kata Dr. Kamarul Ariffin ni, lagi sedap kalau bakar atas bara api atau bakar tanpa minyak.
Resepi Sate Ikan
Bahan-bahan: Sate Ikan
- 300g isi ikan tenggiri
- 1 s.b. tepung jagung
- Garam
Bahan-bahan: Sos Pencicah
- 3 s.b. cuka
- 3 s.b. cili boh
- 3 s.b. gula
- 1 s.b. sos ikan
- Air
Cara memasak: Sate Ikan
- Asingkan isi ikan tenggiri dari kulit dan tulang menggunakan sudu.
- Kemudian, kisar dengan ais supaya mudah lumat.
- Selepas itu, campurkan tepung jagung bersama sedikit garam dan gaul hingga menjadi kental.
- Gunakan scoop aiskrim bersaiz kecil untuk bulatkan ia.
(Nota: Anda juga boleh bulat menggunakan tangan). - Panaskan air di dalam periuk dan masukkan bebola ikan tadi.
- Masak hingga semua bebola ikan timbul dan toskan airnya.
- Biarkan sejuk seketika.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan bebola ikan.
- Apabila sudah kembang dan bertukar warna, angkat dan toskan minyak.
- Cucuk beberapa biji bebola ikan menggunakan lidi.
Cara membuat: Sos Pencicah
- Campurkan cili boh, cuka, gula, air dan sos ikan di dalam dalam periuk kecil.
- Masak hingga semua bahan sekata.
- Perasakan dengan sedikit garam dan tutupkan api.
Cara penyediaan:
- Ambil beberapa lidi sate ikan dan letakkan di atas pinggan.
- Tuangkan sos di dalam bekas kecil.
- Sate Ikan siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi