Selalunya, jika ingin makan Mushroom Soup mesti ramai yang beli jenis instant dan bancuh dengan air saja. Tapi cara begini kurang padu tekstur lemak berkrim pada kuah cendawan tersebut.
BACA: Sup Telur Chinese Style Ala-Ala Hotel 5 Bintang, Sedapnya Tak Terkata
Tidak dapat dinafikan, kombinasi Sup Cendawan dan Garlic Bread memang tak boleh dipisahkan. Tak susah pun sebenarnya nak buat sendiri sup ini di rumah. Jom ikuti perkongsian daripada saudari Syiqin Azrin ni. Yang penting, sama sedap sama macam di kedai tau! Dihirup pula panas-panas, confirm terangkat!


Resepi Mushroom Soup
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar butter
- 1/2 biji bawang holland (dicincang halus)
- Bawang putih (dicincang halus)
- 10 biji cendawan cremini (dicincang halus)
- 1/2 cawan susu segar
- 1 cawan cooking cream
- Sedikit serbuk lada hitam dan garam.
Cara memasak:
- Pertama sekali, campurkan stok ayam bersama sedikit tepung dengan air panas dan ketepikan terlebih dahulu.
- Masukkan butter di dalam kuali yang panas.
- Apabila butter cair, tumiskan 1/2 biji bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cendawan cremini dan kacau sehingga cendawan layu.
- Tambahkan 1/2 cawan susu segar dan 1 cawan cooking cream.
- Kemudian, masukkan air stok ayam tadi dan kacau hingga sekata.
- Tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam.
- Apabila kuah sudah mula menggelegak, boleh tutupkan api.
- Mushroom Soup siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
@syiqinazrin day 16: mushroom soup ala ala pija hat gitu #laparketuw #seleraramadan #ramadanmubarak #30hari30resepi
Sumber: Tiktok syiqinazrin
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi