Sudah seperti menjadi trademark rakyat Malaysia, bila nak makan wajib ada sambal yang pedas sebagai penambah rasa. Selagi tak berpeluh, selagi tu tangan tak berhenti ceduk sambal. Lagi pedas, lagi ‘kaw’! Makan pula dengan nasi panas-panas, memang bertambah weh.
BACA: Resepi Special Nasi Kak Wok- Makan Dengan Sambal Killer, Confirm Menyengat
Sebenarnya, tak ramai yang tahu resepi rahsia pengikat perut suami ni. Dengan hanya menggunakan 4 bahan utama, anda boleh dapatkan hasil Sambal Pijak Gajah yang power! Apa kata anda ikuti menu istimewa daripada Cik Nazuhaina Azu yang confirm sedap sehingga mendapat 20 ribu shares di Facebook. Mudahnya resepi ini sebab tak perlu guna kuali atau panaskan minyak masak. Tumbuk-tumbuk je, eh dah siap.
Resepi Sambal Pijak Gajah
Bahan-bahan:
- Limau kasturi (dibelah 2)
- Segenggam ikan bilis (Nota: Jika anda tak suka ikan bilis yang lembik, boleh gorengkan terlebih dahulu)
- 10 tangkai cili api (Nota: Mengikut tahap kepedasan yang anda inginkan)
- Sedikit garam halus
Cara penyediaan:
- Dengan menggunakan lesung batu, tumbukkan segenggam ikan bilis dan 10 tangkai cili api. (Nota: Jangan tumbuk sehingga terlampau hancur).
- Perasakan dengan sedikit garam halus.
- Kemudian, perahkan limau kasturi di atas bahan yang ditumbuk tadi.
- Kacau sebati bahan-bahan tersebut.
- Boleh simpan di dalam bekas.
- Sambal Pijak Gajah siap. Selamat mencuba!


SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi