Pencuci Mulut Netizen

Mudahnya & Tak Perlu Bakar, Jom Buat Pencuci Mulut Mango Loaded Cheese

Mudahnya & Tak Perlu Bakar, Jom Buat Pencuci Mulut Mango Loaded Cheese
Jawatan Kosong baker & pastry

Makan sambil pejam mata, seakan berada di awangan bila dapat nikmati Mango Loaded Cheese yang awesome ni! Rasa lemak manis berkeju ditambah pula dengan potongan buah mangga segar dan lapisan biskut di bawah memang sangat lazat dan menyegarkan.

BACA: Tak Perlu Mesin Pengisar, Resepi  Mango Bingsu Penyegar Cuaca Panas

Kalau tiada idea pencuci mulut hari ni, apa kata cuba resepi dikongsi Puan Azlina Ina sebab tak perlu gunakan ketuhar pun. Istimewanya, menu ni boleh dihasilkan dalam cawan atau bekas comel je. Lelehan manggo cheese yang yummy tu fuhhh, mana boleh tahan!

May be an image of dessert and indoor

Mudahnya & Tak Perlu Bakar, Jom Buat Pencuci Mulut Mango Loaded Cheese
Gambar sekadar hiasan

Resepi Mango Loaded Cheese

Bahan-bahan: Filling Mangga

  • 2 s.b. gelatin
  • 1/4 cawan air panas
  • Filling mangga

Bahan-bahan: Cheese

  • 500g cheese
  • 100g icing sugar
  • 100g susu segar
  • 150g whipping cream
  • 50g yogurt perisa mangga
  • 3 s.b. kordial mangga

Bahan-bahan: Biskut

  • 250g biskut yang telah dihancurkan
  • 100g marjerin

Cara membuat:

  1. Filling Mangga: Campurkan gelatin bersama air panas.
  2. Tambahkan filling mangga dan kacau hingga sebati.
  3. Cheese: Campurkan cheese bersama icing sugar dan pukul hingga sebati menggunakan mixer.
  4. Tambahkan susu segar, whipping cream, yogurt perisa mangga dan kordial mangga.
  5. Pukul hingga menjadi gebu.
  6. Masukkan ke dalam piping bag dan ketepikan terlebih dahulu.
  7. Biskut: Cairkan marjerin di dalam microwave seketika.
  8. Hancurkan biskut dan tambahkan majerin yang telah cair.
  9. Kacau hingga sekata.

Cara penyediaan:

  1. Letakkan biskut di dalam bekas yang sesuai.
  2. Paipkan cheese dan susun buah mangga yang segar di atasnya.
  3. Paipkan semula cheese dan tambah buah mangga.
    (Nota: Ulang langkah ini sehingga bekas penuh).
  4. Tambahkan filling mangga di atas lapisan yang terakhir.
  5. Hiaskan dengan potongan buah mangga segar di atasnya.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman terlebih dahulu.
  7. Mango Loaded Cheese siap dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

Sumber: Facebook Azlina Ina Fans

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook