Netizen Pencuci Mulut

Musim Buah Dah Kembali, Jom Buat Serawa Durian Yang Pekat & Lazat!

Musim Buah Dah Kembali, Jom Buat Serawa Durian Yang Pekat & Lazat!
Jawatan Kosong baker & pastry

Pejam celik pejam celik, musim durian dah datang lagi! Gerai-gerai tepi jalan pun dah banyak mula jual ‘Raja Buah’ ini. Inilah masanya kita nak cuba resepi berasaskan buah tersebut seperti Serawa Durian. Dapat cicah dengan roti tak pun makan dengan pulut fuhh nikmat betul!

BACA: Resepi Roti Jala Bunga Mawar, Lazatnya Dimakan Dengan Bubur Durian!

Rasa manis berlemak dia, nak makan panas-panas atau sejuk, mana-mana pun boleh. Ikuti perkongsian oleh saudari Che’ah untuk anda masak hari ni sebab memang terasa rugi kalau tak cuba! Jomlah kita mula!

Musim Buah Dah Kembali, Jom Buat Serawa Durian Yang Pekat & Lazat!
Gambar sekadar hiasan

Resepi Serawa Durian

Bahan-Bahan:

  • Durian
  • Santan
  • Gula pasir
  • Daun Pandan
  • Pewarna kuning
  • Sedikit air

Cara Membuat:

  1. Masukkan beberapa ulas durian ke dalam mangkuk dan tuangkan santan ke dalamnya.
  2. Kemudian, gaulkan hingga sebati menggunakan tangan.
  3. Masukkan bancuhan durian dan santan tadi ke dalam periuk.
  4. Masukkan pula gula pasir serta daun pandan untuk haruman yang lebih wangi.
  5. Seterusnya, titikkan sedikit pewarna kuning untuk warna yang lebih menyerlah.
  6. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  7. Tunggu hingga mendidih dan masak sempurna. Tutup api dan angkat.
  8. Serawa Durian siap untuk dihidang dan dinikmati bersama roti pada waktu minum petang. Selamat mencuba!
Musim Buah Dah Kembali, Jom Buat Serawa Durian Yang Pekat & Lazat!
Kredit foto: Dapur Cheah
Musim Buah Dah Kembali, Jom Buat Serawa Durian Yang Pekat & Lazat!
Kredit foto: Dapur Cheah
Musim Buah Dah Kembali, Jom Buat Serawa Durian Yang Pekat & Lazat!
Kredit foto: Dapur Cheah
@dapurcheah

Biasa korang makan Serawa Durian dengan apa? Che’ah suka makan dengan roti 😍 #serawadurian #resepi #resepisimple

♬ Fly Me to the Moon – Joytastic Sarah

Musim Buah Dah Kembali, Jom Buat Serawa Durian Yang Pekat & Lazat!
Kredit foto: Dapur Cheah

Sumber: TikTok Dapur Che’ah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram