Ayam Nasi Netizen

Nasi Bajet Ayam Berempah, Campak-Campak Je Tapi Kualiti Sama Di Kedai

Nasi Bajet Ayam Berempah, Campak-Campak Je Tapi Kualiti Sama Di Kedai
Jawatan Kosong baker & pastry

Tidak dinafikan, menu ayam berempah sentiasa jadi makanan favourite ramai. Sesuai digandingkan dengan pelbagai juadah, termasuklah nasi bajet. Aromanya mampu membuka selera sesiapa saja, tambahan pula bila dihidangkan panas-panas. Tapi kadang-kadang tu pernah terlintas kenapa bila kita masak, tak jadi rangup macam dekat kedai?

BACA: Resepi Risoles Ayam Ala Indonesia, Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

Jadi hari ini, apa kata anda ikuti perkongsian daripada Cik Rohana Mat Ramli yang sangat mudah. Bahan pun main campak-campak je. Yang penting, rasa dia fuhh macam beli dekat kedai.

Resepi Nasi Bajet Ayam Berempah (Untuk 4 ekor ayam)

Bahan-bahan:

  • Cili kering kisar segenggam
  • Serai 10 batang potong kasar
  • Bawang putih 2 labu
  • Bawang besar 3 biji
  • Halia 1 biji
  • Lengkuas
  • Serbuk kari 2 senduk
  • Kunyit ataupun serbuk kunyit
  • Tepung jagung (sepeket kecil)
  • Kelapa parut sebelah (penyedap rasa dan penambah kerak ayam goreng berempah)
  • Daun kari
  • Gula 2 sudu
  • Garam secukup rasa
  • Telur 1 biji
  • Daun kari

Cara memasak:

  1. Ketumbar, jintan manis dan jintan putih (blend kasar).
  2. Kisarkan cili kering, serai, bawang putih, bawang besar dan lengkuas.
  3. Gaulkan semua bahan dan perap seketika (lagi lama perap, hidangan lagi sedap).
  4. Pastikan kesemua ayam disalut sama rata.
  5. Panaskan minyak masak.
  6. Pastikan minyak masak yang disediakan banyak supaya ayam tersebut boleh tenggelam.
  7. Apabila minyak sudah panas, masukkan ayam satu demi satu (jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam kuali kerana proses menggoreng akan menjadi susah).
  8. Apabila sudah bertukar warna dan naik bau, ayam tersebut boleh diangkat.
  9. Letakkan ayam di atas tisu untuk menyerap minyak.
  10. Selamat menjamu selera!

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Rohana Mat Ramli via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook