Netizen Sup

Nasi Impit Banyak Lagi? Jom Pekena Resepi Soto Jawa Kuah ‘Power’

Nasi Impit Banyak Lagi? Jom Pekena Resepi Soto Jawa Kuah ‘Power’
Jawatan Kosong baker & pastry

Sedar tak sedar, dah hampir seminggu kita sambut raya tahun ini. Mesti ramai yang dah muak makan rendang, tapi nasi impit still banyak lagi. Jangan risau sebab hari ni, kami ingin kongsikan resepi istimewa Soto Jawa daripada Puan Rose.

BACA: Resepi Sup Tulang Ala Siam Yang Super Sedap, Ketuk-Ketuk Bahan Dah Siap

Sesuai dimakan seisi keluarga, mana tidaknya dalam semangkuk soto tu lengkap ada bergedil kentang dan kuah yang power! Ditambah pula dengan sambal kicap ‘menyegat’, confirm hirup kuah sampai licin! Yang paling penting jangan membazir, dan tak perlu tanak nasi lagi dah.

May be an image of food

Resepi Soto Jawa

Bahan-bahan: Sup Ayam

  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit lada putih
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 paket sup bunjut
  • 1/2  paket rempah sup
  • 1 biji kecil tomato
  • 1 s.k. garam dan gula
  • Kiub pati ayam.

Bahan-bahan: Bergedil Kentang

  • 1kg kentang
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Telur

Bahan-bahan: Sambal Kicap

  • 2 biji cili merah
  • 15 biji cili api merah
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 3 biji bwg merah kecil (dihiris)
  • Kicap manis dan kicap masin

Cara memasak: Sup Ayam

  1. Pertama sekali, cuci ayam hingga bersih dan rebuskan ayam di dalam periuk berisi air.
  2. Masukkan sup bunjut, serai dan lengkuas.
  3. Masak hingga kuah mendidih.
  4. Kemudian, kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, lada putih, lengkuas, serai dan sup bunjut.
  5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau di dalam kuali yang berasingan.
  6. Masukkan serbuk rempah sup dan tambah 1/2 cawan air.
  7. Masukkan tomato dan kacau seketika sebelum tutupkan api.
  8. Tuangkan rempah tumis tadi ke dalam periuk berisi sup ayam.
  9. Tambahkan air dan didihkan semula.
  10. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
  11. Bila ayam sudah empuk, keluarkan dan toskan airnya.
  12. Goreng ayam seketika. (Nota: Jangan goreng sehingga garing).
  13. Angkat dan sejukkan ayam terlebih dahulu.
  14. Apabila ayam sudah sejuk, siatkan isi ayam dan buang tulangnya.
  15. Letakkan isi ayam di dalam bekas.

Cara memasak: Bergedil Kentang

  1. Kupaskan kulit kentang dan hiris berbentuk bulat.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan gorengkan kentang.
  3. Tos dan ketepikan terlebih dahulu.
  4. Gunakan minyak yang sama, gorengkan sedikit ikan bilis dan udang kering.
  5. Tumbukkan ikan bilis, udang kering dan kentang yang digoreng sehingga halus dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  6. Sejukkan seketika sebelum gaulkan semua bahan hingga sebati.
  7. Bulatkan ia dan leperkan sedikit.
  8. Pecahkan sebiji telur di dalam bekas berasingan dan pukul hingga kembang.
  9. Panaskan minyak dan celupkan bergedil ke dalam telur yang dipukul.
  10. Goreng sehingga bertukar warna dan toskan.

Cara memasak: Sambal Kicap

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing.
  2. Masukkan cili merah bersama cili api dan masak hingga bertukar layu.
  3. Masukkan bahan yang digoreng ke dalam pengisar.
  4. Tambahkan kicap dan kisar hingga halus.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil.

Cara memasak: Ketupat segera

  1. Panaskan air di dalam kuali dan rebuskan ketupat hingga masak.
  2. Kemudian, tos dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Potongkan ketupat berbentuk dadu.

Cara penyediaan:

  1. Ambil ketupat dan letakkan di atas pinggan kaca.
  2. Tuangkan kuah bersama isi ayam di atasnya.
  3. Ambil bergedil kentang dan letakkan sedikit sambal kicap.
  4. Soto Jawa siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram