Pasta Netizen

Pasta Vermicelli Dengan Isi Ayam, Resepi Western Yang Mak-Mak Wajib Cuba!

Pasta Vermicelli Dengan Isi Ayam, Resepi Western Yang Mak-Mak Wajib Cuba!
Jawatan Kosong baker & pastry

Sejak PKP diumumkan, pasti mak-mak sudah jemu dan tiada idea best selain masak lauk yang sama setiap hari kan? Apa kata cuba hidangan Western pula kali ni?

BACA: Puas Try Error, Wanita Ini Berjaya Hasilkan Resepi Mac & Cheese Terlazat

Bak kata saudara Khairul Abdullah, resepi Pasta Vermicelli Bersama Isi Ayam ni sangat mudah untuk disediakan dan tak pernah gagal mengagumkan anak-anaknya. Tak sampai 10 minit pun boleh siap! Selain isi ayam, boleh juga ditukar kepada seafood untuk bagi rasa lagi padu! Haaa dah telan air liur ke tu?

May be an image of pasta and indoor

Resepi Pasta Vermicelli Bersama Isi Ayam

Bahan-bahan:

  • 200g pasta vermicelli
    (Nota: Boleh juga digantikan dengan spaghetti)
  • 4 hingga 5 keping isi ayam (dipotong memanjang)
  • 5 ulas bawang putih (dipotong)
  • 4 s.b  minyak zaitun
  • 5 tangkai parsli
    (Nota: Anda boleh gantikan dengan daun ketumbar)
  • Sedikit garam
  • Lada hitam
  • Serbuk cili
  • Parmesan

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, didihkan air di dalam periuk dan masukkan pasta vermicelli.
  2. Rebus selama 6 minit dan pasta bertukar lembut.
  3. Tos air dan ketepikan pasta terlebih dahulu.
    (Nota: Asingkan 2 cawan air rebusan pasta).
  4. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau.
    (Nota: Gunakan api sederhana besar).
  5. Masukkan isi ayam yang dipotong memanjang dan masak seketika.
  6. Perasakan dengan sedikit garam, lada hitam dan chili flakes.
  7. Tambahkan air rebusan pasta dan kacau rata.
  8. Taburkan hirisan parsli dan parutan parmesan di atasnya.
  9. Pasta Vermicelli Bersama Isi Ayam siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

Sumber: Facebook Khairul Abdullah 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook