Pencuci Mulut Netizen

Pelengkap Juadah, Resepi Puding Oreo Milo Yang Simple Tapi Menggoda Selera

Pelengkap Juadah, Resepi Puding Oreo Milo Yang Simple Tapi Menggoda Selera
Jawatan Kosong baker & pastry

Sepanjang ada di rumah PKP ini, tipulah kalau anak-anak tak request nak makan pencuci mulut yang sedap kan? Tapi mak-mak dekat luar sana jangan pening kepala, sebab kami ingin kongsikan resepi Puding Oreo Milo daripada Puan Fauziah Yahya ini.

BACA: Wajib Cuba Resepi Puding Buah Naga, Syok Dimakan Ramai-Ramai Musim Raya Ni

Gabungan Milo dan biskut Oreo memang menggoda selera sesiapa saja, dan boleh jadi pelengkap juadah pada bila-bila masa! Sudahlah cara penyediaan pun simple, bila dah makan nikmatnya memang ‘wow’ habis! Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dah mudah dijumpai di pasaranya. Jom kita start!

No photo description available.

Resepi Puding Oreo Milo

Bahan-bahan:

  • 25g agar-agar
  • 6 cawan air
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn serbuk Milo
  • 1 bungkus biskut Oreo

Cara membuat:

  1. Panaskan air di dalam kuali dan masak agar-agar hingga larut.
  2. Apabila agar-agar sudah larut, masukkan gula bersama susu cair dan kacaukan.
  3. Buangkan krim pada biskut Oreo dan pecahkan biskut dalam bentuk ketulan kecil.
    (Nota: Jangan hancurkan biskut terlalu halus).
  4. Basahkan acuan dengan sedikit air. (Nota: Supaya puding mudah dikeluarkan).
  5. Isi biskut Oreo ke dalam adunan dan tuangkan separuh campuran agar-agar susu tadi di atasnya.
  6. Kacau sedikit supaya biskut Oreo tidak mendap di bawah.
  7. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo pula.
  8. Kacau dan tuang di atas lapisan agar-agar Oreo.
  9. Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman.
  10. Puding Oreo Milo siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook