Netizen Roti snek

Popcorn Karamel Guna Roti Saja, Sekali Dah Makan Confirm Susah Nak Stop!

Popcorn Karamel Guna Roti Saja, Sekali Dah Makan Confirm Susah Nak Stop!
Jawatan Kosong baker & pastry

Dari dulu lagi, popcorn memang jadi kegemaran ramai. Tapi pernah tak terfikir untuk gantikan bertih jagung dengan roti? Tak perlu risau sebab kami ingin kongsikan resepi mudah daripada Puan Malina yang menggunakan 5 bahan utama sahaja untuk hasilkan Popcorn Roti Karamel.

BACA: Resepi Homemade Puding Roti Coklat Kayangan & Sos Creamy Lemak Manis

Rasa manis karamel yang berlemak bila menyelaputi keseluruhan roti memang padu weh! Confirm tak muak. Sekali makan, susah nak berhenti. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dan mudah didapati di kebanyakkan kedai runcit. Anak-anak pun boleh bantu di dapur. Bila makan sambil tonton movie, automatik rasa macam kat panggung wayang!

Popcorn Karamel Guna Roti Saja, Sekali Dah Makan Confirm Susah Nak Stop!

Resepi Popcorn Roti Karamel

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cwn air
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar susu cair

Cara memasak:

  1. Guntingkan 3 keping roti dalam bentuk dadu di dalam bekas.
  2. Kemudian, sangaikan roti sehingga garing dan letak tepi terlebih dahulu.
  3. Campurkan 3 sudu besar gula bersama 1 cawan air ke dalam kuali.
  4. Selepas itu, tambahkan 1 sudu besar mentega dan 3 sudu besar susu cair.
  5. Kacaukan semua bahan hingga sebati.
  6. Apabila sudah bertukar warna keperangan dan berbuih, boleh masukkan roti yang disangai.
  7. Setelah itu, kacau hingga semua sos karamel menyelaputi keseluruhan roti.
  8. Popcorn Roti Karamel siap untuk dihidang. Selamat mencuba dan enjoy makan di rumah!
@malina_lina_pg

#LearnOnTikTok #TikTokGuru #tutorials #caramelbreadpopcorn #popcorn #EasyRecipe #quicksnack #ChineseFood #vday2021 @tiktok_malaysia #resepilinapg #fy

♬ original sound – Mohd Shafiq – Mohd Shafiq

Sumber: Tiktok malina_lina_pg

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook