Bila sebut Mi Rebus, pasti sudah terbayang keenakan kuah pekat bersama telur rebus dan sayur. Rasa manis hasil daripada keledek dan udang segar boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja. Aromanya pula memang boleh buat meleleh air liur lah!
BACA: Resepi Mi Kari Chinese Style, Sedap Dilawankan Dengan Sambal Padu
Uniknya resepi yang dikongsi oleh saudara Khairul Abdullah ni, biskut Marie akan ditambah sebagai salah satu bahan untuk pekatkan kuah. Confirm mengancam dan lazat tak terkata gaiss! Kalau anda sudah bosan makan nasi, jomlah cuba juadah ni pula.
Resepi Mudah Mi Rebus
Bahan-bahan:
- 300-500g daging
- 10 keping biskut Marie
- 2 biji keledek oren
- 2 hingga 3 s.b. udang kering
- 15 hingga 20 ekor udang segar
- 2 biji bawang besar (dipotong)
- 8 ulas bawang merah (dipotong)
- 2 s.b serbuk kari daging
- 2 hingga 3 s.b. cili kisar
(Nota: Anda boleh tambahkan kuantiti cili kisar jika suka pedas)
Cara memasak:
- Rendamkan biskut Marie di dalam air panas hingga lembut.
- Apabila sudah lembut, hancur dan ketepikan terlebih dahulu.
- Panaskan air di dalam kuali dan rebus daging hingga empuk.
(Nota: Jangan buangkan air rebusan daging). - Keluarkan isi daging dan rebuskan keledek, udang kering dan udang segar hingga lembut.
- Kemudian, kisarkan keledek, udang kering, udang segar yang sudah direbus bersama bawang besar dan bawang merah hingga hancur.
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi air rebusan daging.
- Tambahkan serbuk kari dan cili kisar dan masak hingga kuah mendidih.
- Apabila sudah mendidih, masukkan biskut Marie yang telah dihancurkan.
- Perasakan dengan sedikit garam dan kacau seketika.
- Mi Bandung Biskut Marie siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Khairul Abdullah
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi