Teh Tarik boleh dikatakan sebagai minuman yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Sejuk atau panas, ia merupakan air yang wajib kita order bila lepak di kedai mamak! Tapi sebenarnya, teh ini ada banyak versi dan sekali sekala marilah kita tukar sikit resepinya.
BACA: Gadis Ni Share Cara Buat Air Hipster Milo & Kopi, Nikmat Minum Sejuk-Sejuk
Menariknya, Puan Afy berkongsikan semula resepi yang didapati daripada orang Pakistan sendiri. Gunakan teh wangi dan masak atas dapur ialah rahsia utama untuk dapatkan minuman istimewa ni. Lagi tinggi tarik, lagi ‘kaw’! Sambil encik suami ralit tengok TV tu, bolehlah hidangkan pembasah tekak yang padu ni.

Resepi Teh Pakistan Mahsyur
Bahan-bahan:
- 7 uncang teh wangi
- 1 liter air
- 50ml susu segar
- 1/5 tin susu pekat manis (Nota: Boleh tambahkan kuantiti susu pekat jika anda suka manis)
- Secubit garam
Cara penyediaan:
- Koyakkan setiap uncang teh dan didihkan di dalam periuk.
- Tambah 1 liter air, 50ml susu segar bersama 1/5 tin susu pekat manis dan kacaukan.
- Masak hingga teh bertukar warna dan tambahkan secubit garam. (Nota: Gunakan api kecil).
- Selepas air mendidih, boleh tutupkan api.
- Tapiskan serbuk teh tadi.
- Tuang air teh yang ditapis ke dalam cawan.
- Tarik teh menggunakan 2 cawan berasingan hingga berbuih.
- Air Teh Pakistan Mashyur siap untuk diminum. Selamat mencuba!




Sumber: Facebook Afy AL Habibi via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi