snek Netizen

Rasa ‘Sebijik’ Macam Restoran Punya, Mari Buat Kentang Putar Gebu Homemade

Rasa ‘Sebijik’ Macam Restoran Punya, Mari Buat Kentang Putar Gebu Homemade
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila sebut kentang putar je, pasti sudah terfikir makan dengan roti atau cicah sekali makanan bergoreng kan? Teksturnya yang lembut dan gebu memang menawan kalbu! Dipadankan pula dengan kuah lada hitam yang padu, fuhh memang terliur habis!

BACA: Teringin Nak Makan Kentang Bakar Daging? Ikut Resepi Padu & Mudah Ni!

Jangan risau, sebab anda boleh buat sendiri di rumah. Jom tengok perkongsian daripada Puan Mazlini yang confirm sedap ni. Ratah gitu sambil tengok TV pun ngam teroks! Tak perlu susah-susah keluarkan duit beli lepas ni, buat sendiri lagi puas hati.

No photo description available.

Resepi Kentang Putar

Bahan-bahan: Kentang Putar

  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2 hingga 3 s.b. butter
  • Sedikit lada hitam dan lada sulah

Bahan-bahan: Sos Lada Hitam

  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 4 sudu butter
  • 2 s.b. tepung gandum
  • 2 kiub pati ayam
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • 2 1/2 cwn air

Cara memasak: Kentang Putar

  1. Kupaskan kulit kentang dan potong kepada 2 bahagian.
  2. Kemudian, panaskan air di dalam periuk dan rebuskan kentang selama 10 hingga 15 minit. (Nota: Gunakan api sederhana).
  3. Apabila kentang sudang empuk, angkat dan toskan air.
  4. Lenyekkan kentang hingga hancur dan tambahkan sedikit butter.
  5. Perasakan dengan sedikit lada sulah dan lada hitam.
    (Nota: Boleh tambahkan kuantiti lada hitam jika anda suka pedas).
  6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacaukan.

No photo description available.

Cara memasak: Sos Lada Hitam

  1. Panaskan kuali dan cairkan butter.
  2. Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. (Nota: Gunakan api sederhana besar).
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga warna tepung bertukar keperangan.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sekata.
  5. Apabila air mendidih, tutupkan api.
  6. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
  7. Tuang bahan yang dikisar di dalam kuali dan masak seketika.
  8. Masukkan kiub pati ayam, lada hitam dan lada sulah.
  9. Masak hingga kuah bertukar pekat.

Cara penyediaan:

  1. Sudukan kentang ke dalam mangkuk kecil.
  2. Tuangkan sos lada hitam di atasnya.
  3. Kentang Putar siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Cik Lyns Kitchen

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook