Cupcakes Red Velvet Comel Molek & Gebu, Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah
Kek Netizen Pastri

Cupcakes Red Velvet Comel Molek & Gebu, Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah

Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau cerita pasal Red Velvet, memang terliur dibuatnya lagi-lagi untuk penggemar kek premium. Bukan sahaja warna merah menyala yang mengiurkan, malahan kesedapan manisan ini terletak pada rasa filling cream cheese. Kalau dapat yang terlalu manis pun, bukan semua orang suka. Betul tak?

BACA : Resepi Kek Tornado Krim Keju Viral, Kek Tiga Layer Pasti Mengancam Selera

Bila beli di bakeri pula, harganya fuhhh boleh tahan mahal. Sebiji kek sahaja dah menelan ratusan ringgit tau. Jadi kali ini, kami nak kongsikan pada anda resepi perkongsian Puan Azlina Fans. Sedap sangat sampai beribu-ribu orang shares. Jom kita cuba buat Red Velvet Cupcakes yang gebu ni! Anak-anak mesti suka!

Cupcakes Red Velvet Comel Molek & Gebu, Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah

Cupcakes Red Velvet Comel Molek & Gebu, Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah

Resepi Cupcakes Red Velvet

Bahan-bahan: Kek Red Velvet

Sukatan untuk 20-25 cup sahaja.

  • 6 biji telur.
  • 170 g gula halus (1 cawan).
  • 1 sb ovalette.
  • 280 g (2 cawan 1/2) tepung penaik.
  • 100 g susu full cream, 1 sb cuka & 1 sk serbuk pewarna merah. (Nota : Biarkan 5 minit dan kacau)
  • Marjerin 1/2 cawan bersamaan 80-100 g. (Nota : Cairkan dan biar suam. Jangan sejuk)

Bahan-bahan : Cream Cheese

  • 250 g cream cheese
  • 1/4 cawan gula ising
  • 1 sb jus lemon
  • 1/2 kotak whipping cream

Cara memasak :

  1. Kek Red Velvet : Masukkan telur, gula halus, ovalette, tepung penaik serta campuran susu full cream, cuka dan serbuk pewarna merah dalam mesin pengadun.
  2. Sebatikan semua dengan kadar volume yang rendah.
  3. Naikkan volume sehingga sebatian tadi menjadi gebu.
  4. Tutup mixer, tambahkan marjerin cair dan kacau rata.
  5. Cedok dan masukkan adunan ke dalam acuan anda. (Nota: Pakai cup kertas untuk hasil yang elok. Jangan guna cup muffin kerana kek akan mendap.
  6. Bakar adunan pada suhu 170 darjah celcius (25-30 minit) & ketepikan.
  7. Cream Cheese Filling : Gaul sebati cream cheese, gula ising dan jus lemon.
  8. Kemudian, tambahkan whipping cream dan pukul sehingga kental.

Cara penyediaan

  1. Paipkan filling cream cheese ke atas cupcakes yang siap dibakar tadi.
  2. Ambil 1 cupcakes lain dan hancurkan.
  3. Tabur deraian kek tadi ke atas cupcakes sebagai hiasan. (Nota : Boleh tambahkan buah jika mahu)
  4. Cupcakes Red Velvet siap untuk dihidangkan.

Cupcakes Red Velvet Comel Molek & Gebu, Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah

Cupcakes Red Velvet Comel Molek & Gebu, Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah

Sumber : Facebook Azlina Ina Fans

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook