Ayam Lauk

Rendang Ayam Cili Api Minang, Hantu Makanan Pedas Wajib Cuba Resepi Ni!

Jawatan Kosong baker & pastry

Kebanyakan orang mempunyai resepi rendang turun-temurun untuk disajikan di hari raya. Sekali sekala, apa kata tukar angin danĀ  cuba resepi rendang dari Minang, Indonesia, ni? Uniknya, rendang ini menggunakan cili api bagi membangkitkan rasa pedas yang menyengat. Fuhh, dengar nama pun dah berpeluh dibuatnya!

Siapa yang ‘hantu rendang pedas’ memang patut cuba resepi Rendang Ayam Cili Api Minang ini. Bukan saja nasi putih dan ketupat je, makan dengan lemang pun onz! Selamat mencuba.

Resepi Rendang Ayam Cili Api Minang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang kecil
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci halia
  • 4 batang serai
  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 5 sb pesĀ cili
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 cwn minyak masak
  • 50 gm kerisik
  • 250 ml santan
  • 50 ml air
  • garam (secukup rasa)
  • 1 keping asam keping

Cara memasak

  1. Kisar halus bawang putih, bawang besar, bawang kecil, cili padi hijau, lengkuas, serai, halia, kunyit bersama minyak dan sedikit air.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, tambahkan pes cili dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit. Kacau seketika.
  5. Masukkan sekeping asam keping.
  6. Seterusnya, masukkan ayam. Biarkan mereneh dan ayam masak sepenuhnya.
  7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kelihatan sedikit kering.
  8. Angkat dan hidangkan Rendang Ayam Cili Api Minang bersama nasi impit atau lemang.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook