Pencuci Mulut

Resepi Agar-Agar Cermin Buah Cantik Berkilat, Confirm Bikin Hati Terpikat

Resepi Agar-Agar Cermin Buah Cantik Berkilat, Confirm Bikin Hati Terpikat

Bagi yang tengah tercari-cari menu pencuci mulut yang sangat menyegarkan, Agar-Agar Cermin Buah ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Sekali pandang pun dah ‘menggiurkan’ sebab rupanya yang cantik berkilat dengan warna-warni daripada pelbagai jenis buah-buahan segar. Bayangkan bila agar-agar ini dimakan pula sejuk-sejuk, fuhhh memang nikmat sangat!

Selain itu, Agar-Agar Cermin Buah ni juga sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk jamuan atau potluck. Jenis buah-buahan yang ingin diletakkan juga tidak terhad, ikut saja minat dan citarasa masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Agar-Agar Cermin Buah

Bahan-bahan (Agar-agar Putih)

  • 1 paket serbuk puding vanila
  • 1 liter air

Bahan-bahan (Agar-agar Buah)

  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 1 liter air
  • 1 cwn gula
  • buah tembikai
  • buah tembikai susu
  • buah strawberi
  • buah limau tin
  • buah laici tin

Cara memasak

  1. Agar-agar Putih: Didihkan air dan masukkan serbuk puding vanila. Kacau sebati dan tuangkan larutan tersebut ke dalam acuan.
  2. Keraskan agar-agar tersebut sekurang-kurangnya 1 jam.
  3. Potong agar-agar putih dan susun semula agar-agar tersebut ke dalam acuan.
  4. Masukkan buah-buahan dan agar-agar putih yang telah di potong secara berselang-seli ke dalam acuan.
  5. Agar-agar Buah: Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut.
  6. Tuangkan larutan ni ke dalam acuan tadi.
  7. Keraskan semula selama 30 minit – 1 jam sebelum dihidangkan.
  8. Agar-Agar Cermin Buah siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes

Welcome to Rasaflix

Install
×