Kalau anda semua masih ingat, minuman pencuci mulut Thailand iaitu Cha Bang Ang pernah viral dan hangat terjual sejak beberapa tahun lepas. Dek kerana rasanya yang enak dan menyegarkan, dessert ini memang mudah didapati namun harganya agak mahal. Sebenarnya kalau nak tahu, resepi pembuatannya sangat mudah. Ala kata orang, sekelip mata terus siap.
Rasa lemak-lemak manis digabungkan pula dengan tekstur kenyal cincau, siapa saja yang tidak terliur, bukan? Sangat sesuai dinikmati pada cuaca panas, jom kita cuba buat sendiri air Cha Bang Ang ala Thai ni. Confirm padu teruk!
Resepi Air Cha Bang Ang Ala Thai
Bahan-bahan
- 1 paket cincau
- 1 cawan biji selasih + 1 cawan air (direndam)
- 2 sb susu pekat
- 1 cawan susu segar
- 5 sb gula perang
- 5 sb air gula
- ais (secukupnya)
Cara memasak
- Rendam biji selasih bersama satu cawan air. Biarkan sehingga kembang.
- Potong cincau kepada bentuk dadu dan ketepikan.
- Didihkan 1 cawan air kemudian masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan pekat. Ketepikan.
- Setelah itu, tuangkan air gula ke dalam gelas kosong.
- Masukkan ais, biji selasih, cincau, susu pekat dan akhir sekali susu segar.
- Air Cha Bang Ang Ala Thai siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi