Minuman Netizen

Resepi Air Hipster Matcha Soda, Minuman Segar Terbaik Musim Panas Ini!

Resepi Air Hipster Matcha Soda, Minuman Segar Terbaik Musim Panas Ini!
Jawatan Kosong baker & pastry

Selain bagus untuk bakar lemak dan turunkan berat badan, air yang berasaskan serbuk matcha memang sentiasa menjadi kegilaan anak muda. Tapi pernah tak anda terfikir untuk campurkan air soda ke dalam minuman ini?

BACA: Bosan PKP Di Rumah? Jom Basahkan Tekak Waktu Berbuka Dengan Matcha Cincau!

So, hari ni kami ingin kongsikan resepi mudah daripada saudari Aisya. Yang paling best, gabungan soda bersama serbuk matcha ini berikan sensasi kesegaran yang tak terperi! Bila dah siap, visual yang terhasil persis minuman di kafe hipster mahal! Bolehlah upload di sosial media masing-masing nanti. Haaa ada yang dah terliur ke tu? Okay jom kita start!

Resepi Air Hipster Matcha Soda, Minuman Segar Terbaik Musim Panas Ini!
Kredit Foto: Aisyajway

Resepi Air Matcha Soda

Bahan-bahan:

  • 2 sudu kecil serbuk matcha
  • 3 titik pemanis
  • Sedikit air suam
  • 1 tin air soda
  • Ais secukupnya
  • 1 hiris limau nipis
Petua Paling MUDAH, Guna Ketul AIS Pada Wajah Buat Wajah Kekal AWET Muda & 'Flawless' - Hijabista
Gambar sekadar hiasan

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, tapiskan 2 sudu kecil serbuk matcha di dalam cawan. (Nota: Untuk elak serbuk matcha daripada berketul).
  2. Kemudian, tambahkan 3 titik pemanis bersama sedikit air suam.
  3. Kacau menggunakan hand mixer hingga semua bahan larut dan ketepikan terlebih dahulu.
  4. Masukkan ais di dalam gelas panjang hingga penuh.
  5. Selepas itu, tambahkan limau nipis dan bancuhan air matcha tadi hingga separuh gelas.
  6. Akhir sekali, tuangkan air soda di atasnya.
  7. Air Matcha Soda siap untuk diminum. Selamat mencuba!
@aisyajway

Reply to @leviii696 Matcha Soda! 😍❤️#mikunakano fav drink! #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #ramadanmubarak #seleraramadan

♬ Pink Aesthetics – Chill Beats Music & brokebwoy

Sumber: Tiktok aisyajway

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram