Biskut

Resepi Almond London, Biskut Raya Rangup Yang Paling Legend!

Jawatan Kosong baker & pastry

Almond London merupakan antara kuih raya yang legend dan wajib terhidang untuk tetamu setiap kali musim raya. Bukan setakat budak-budak, malah orang dewasa pun suka jamah biskut coklat rangup berintikan badam ni.

Kalau beli di kedai, kadang-kadang tak puas sebab badamnya lemau, tak cukup salutan coklat atau saiz yang terlalu kecil. Jadi, apa kata raya tahun ni cuba buat sendiri biskut Almond London di rumah? Kalau buat sendiri, confirm puas hati! Selamat mencuba dan selamat hari raya.

Resepi Biskut Almond London

Bahan-bahan (Biskut)

  • 250 gm mentega
  • 20 gm tepung beras
  • 3 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 1 sb esen vanila
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • badam (secukupnya)
  • badam cincang (secukupnya)

Bahan-bahan (Coklat)

  • 250 gm coklat coin gelap
  • 1 sb lemak sayur
  • 1 sb minyak jagung

Cara memasak

  1. Bakar badam pada suhu 170°C selama 5 minit. Ketepikan.
  2. Biskut: Pukul mentega, gula kastor dan telur sehingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila dan ayak tepung gandum, tepung jagung, tepung beras dan serbuk penaik.
  4. Gaul sebati sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan dan intikan dengan badam ditengah-tengah.
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 10-15 minit.
  6. Coklat: Dengan menggunakan kaedah double boil, masak coklat coin gelap, minyak jagung dan lemak sayuran.
  7. Setelah coklat cair, celupkan biskut sehingga tersalut sepenuhnya.
  8. Masukkan ke dalam kertas acuan kuih raya dan hiaskan dengan badam cincang yang telah dibakar sehingga keperangan.
  9. Biskut Almond London siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook