Appertizer Kuih Muih

Resepi Apam Balik Crispy Ala Pasar Malam, Senang Rupanya Nak Buat Sendiri

Resepi Apam Balik Crispy Ala Pasar Malam, Senang Rupanya Nak Buat Sendiri

Apam Balik Crispy merupakan kudapan yang sangat popular di pasar malam. Nampak simple je, namun kerangupan serta intinya yang sedap pasti membuatkan ramai orang sanggup beratur panjang. Dari dulu sampai sekarang,  inti jagung manis bersama kacang tanah rangup tetap menjadi favourite ramai tau!

Kadang-kadang jika beli di luar, sampai rumah mesti dah lemau. Tapi kalau buat sendiri, boleh terus ‘ngap’ masuk mulut memang rangup. Hanya dengan beberapa bahan mudah, tahu tak korang boleh buat sendiri, suka hatilah nak letak jagung and kacang tu banyak mana. Jom kita cuba resepi mudah di bawah!

Resepi Apam Balik Crispy

Bahan-bahan (Apam Balik Crispy)

  • 1 1/2 cwn air
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/4 cwn gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 biji telur
  • garam (secukup rasa)

Bahan-bahan (Topping)

  • 1 tin jagung manis
  • 1 cwn kacang tanah (kisar halus)
  • 1/4 cwn gula kastor

Cara memasak

  1. Kisar tepung gandum, air, serbuk penaik, soda bikarbonat, marjerin, telur, garam dan gula sehingga halus.
  2. Tapiskan adunan tersebut dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan api sederhana, oleskan mentega, tuangkan 1 senduk adunan tepung dan ratakan keseluruhan kuali.
  4. Taburkan gula kastor dan kacang tanah hancur apabila adunan tepung kelihatan sedikit masak.
  5. Kemudian, letakkan pula jagung manis dan masak sehingga keperangan.
  6.  Lipat apam balik tersebut dan hidangkan Apam Balik Crispy ketika masih panas.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes