Kuih Muih Netizen

Resepi Apam Balik Manis & Gebu, Juadah Minum Petang Untuk Seisi Keluarga

Resepi Apam Balik Manis & Gebu, Juadah Minum Petang Untuk Seisi Keluarga
Jawatan Kosong baker & pastry

Apam Balik sangat sesuai untuk disajikan sebagai hidangan minum petang bersama keluarga. Rasanya yang manis dan tekstur gebu buatkan orang tak berhenti makan. Ditambah pula dengan kacang tanah dan jagung manis, memang ngam soi!

BACA: Resepi Kuih Bakar Lazat Dimakan, Lembut Manis Di Dalam & Garing Di Luar!

Makanan ini selalu dijumpai di pasar malam tapi disebabkan PKP, banyak kedai yang terpaksa tutup. Haa jangan risau kerana kami ingin kongsikan resepi mudah daripada saudari Emy Nurul ni. Sambil tengok TV tu, bolehlah try masak dan hidangkan kepada seisi keluarga.  Confirm encik abang pun puji melangit!

May be an image of food and indoor

Resepi Apam Balik

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • Perwarna kuning
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Kacang tanah
  • Jagung manis

May be an image of food and indoor

May be an image of food, indoor and text that says "YAM BRAND REAM NET WEET CORN WEIGHT 25g STYLE 425g"

Cara memasak:

  1. Kisarkan susu segar, telur, gula, pewarna kuning, tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit marjerin.
  4. Kemudian, tuangkan 3 senduk adunan dan tunggu hingga masak.
  5. Sapukan sedikit planta diikuti dengan gula pasir, 1 sudu besar jagung manis dan kacang tanah hancur.
  6. Lipatkan Apam Balik menggunakan spatula dan sapu planta di bahagian luar.
  7. Potong kepada 4 bahagian.
  8. Apam Balik siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food

No photo description available.

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook EmyRul Nurul via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook