Appertizer Kuih Muih Pencuci Mulut

Resepi Apam Tokyo & Inti Kastard, Sedapnya Lawankan Bersama Kopi Panas

Resepi Apam Tokyo & Inti Kastard, Sedapnya Lawankan Bersama Kopi Panas

Pernah tak korang try makan kuih Apam Tokyo atau sering disebut sebagai Apam Manja? Bukan saja saiznya nampak comel, malah isian kastardnya yang lemak-lemak manis memang memukau selera! Lepas viral dulu, ramai sebenarnya orang jual kuih ni di pasar malam tau dengan macam-macam inti yang sedap.

Kuih ini pun memang sesuai dijadikan sebagai minum petang lebih-lebih lagi jika dihidangkan bersama secawan kopi. Memang ‘ngam’ habis. Dek kerana resepinya yang mudah, lebih baik korang cuba buat sendiri di rumah. Bolehlah letak inti banyak-banyak ikut selera korang!

Resepi Apam Tokyo & Inti Kastard

Bahan-bahan (Apam Tokyo)

  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 1 cwn air
  • 1 cwn susu segar
  •  2 cwn tepung gandum
  • 1 sb serbuk penaik
  • 2 sb minyak jagung

Bahan-bahan (Inti Kastard)

  • 1 cwn tepung kastard
  • 1 cwn susu segar
  • 1 cwn air
  • 1/3 cawan gula kastor

Cara memasak

  1. Apam Tokyo: Masukkan telur, gula kastor, susu segar, air, tepung gandum, serbuk penaik dan minyak jagung.
  2. Pukul sehingga adunan sebati dan ketepikan.
  3. Inti Kastard: Campurkan susu segar, air, gula dan tepung kastard ke dalam periuk.
  4. Kacau sehingga larut dengan menggunakan api sederhana.
  5. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Sejukkan lalu masukkan inti kastard ke dalam piping bag.
  6. Penyediaan: Dengan menggunakan api sederhana, cedok adunan tepung dan tuangkan ke atas pan.
  7. Biarkan ia masak seketika dan paipkan inti kastard di tengah-tengah apam.
  8. Kemudian, segera lipatkan apam ketika masih panas di atas pan.
  9. Apam Tokyo dan Inti Kastard siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes

Welcome to Rasaflix

Install
×