Ikan Lauk

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Padu, Memuaskan Sebijik Masakan Ala Kampung

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Padu, Memuaskan Sebijik Masakan Ala Kampung
Jawatan Kosong baker & pastry

Lauk Asam Pedas sangat terkenal, malah jadi menu wajib di sesetengah negeri seperti Melaka dan Johor. Rasa pedas dan masam yang ‘balance’ memang power dengan warna merah yang boleh buat orang kecur liur!

BACA: Resepi Rare Asam Pedas Rusuk Kambing, Kuah Pekat Nikmat Tak Terkata!

Bagi penggemar masakan kampung, ini ialah resepi wajib cuba tau! Jom tengok perkongsian Asam Pedas Ikan Kembung daripada Puan Akma Abdullah yang cukup mudah tapi gerenti padu. Kalau dihidangkan bersama nasi putih dan ulam-ulaman, confirm berpinggan-pinggan weh.

No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan kembung (dipotong 2)
  • 15 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan
  • 2 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang serai
  • 4 biji tomato
  • 15 batang bendi
  • 2 s.b cili kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Sedikit garam dan gula
  • Air
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah

Cara memasak:

  1. Kisarkan bawang merah, cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus.
  2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  3. Tambahkan air asam jawa dan air.
    (Nota: Kuantiti air mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan).
  4. Masukkan daun kesum, bunga kantan bersama bendi dan kacaukan.
  5. Tambahkan ikan dan masak hingga kuah mendidih.
  6. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  7. Kacau seketika dan tutupkan api.
  8. Asam Pedas Ikan Kembung siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah
No photo description available.
Kredit Foto: Akma Abdullah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook