Ayam Netizen

Resepi Ayam Goreng Bawang Dari Sheila Rusly, Simple Tapi Gerenti Sedap!

Resepi Ayam Goreng Bawang Dari Sheila Rusly, Simple Tapi Gerenti Sedap!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bagi yang mengikuti Instagram Sheila Rusly, pasti selalu tertunggu-tunggu resepi yang dikongsinya saban hari. Tak dinafikan, semua menu masakannya memang dapat menggiurkan ramai peminat lebih-lebih lagi waktu berpuasa sekarang ni.

BACA: Tak Tahu Nak Berbuka Apa? Jom Try Resepi Unik Ayam Goreng Lubnan Ini!

Untuk juadah berbuka hari ni, apa kata follow menu Ayam Goreng Bawang daripada penerbit terkenal ni? Walapun cara memasaknya mudah, tapi kerangupan ayam dan bawang bila digigit memang crispy habis! Tak perlu makan dengan nasi, ratah gitu pun dah sedap. Dihidang pula panas-panas, berdesup licin sepinggan!

Resepi Ayam Goreng Bawang Dari Sheila Rusly, Simple Tapi Gerenti Sedap!
Kredit Foto: Sheila Rusly

Resepi Ayam Goreng Bawang

Bahan-bahan:

  • Paha ayam
    (Nota: Boleh tukarkan bahagian ayam yang lain mengikut kesukaan anda)
  • Sedikit tepung beras
  • 1 s.b serbuk kunyit
  • Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
  • 6 biji bawang putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 s.k. serbuk perasa
  • 1 s.b. serbuk cili
  • 1 s.k. gula perang
  • Garam secukup rasa

Cara memasak: Ayam

  1. Masukkan paha ayam ke dalam bekas.
  2. Kemudian, tumbukkan bawang putih dan bawang merah menggunakan lesung batu.
  3. Selepas itu, gaulkan bahan yang ditumbuk bersama ayam.
  4. Tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit, garam, serbuk perasa dan sedikit gula perang.
    (Nota: Tambahkan kuantiti serbuk cili jika anda suka pedas).
  5. Kacau hingga semua bahan menyelaputi keseluruhan ayam.
  6. Perapkan selama 2 jam di dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  7. Setelah itu, panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.

Cara memasak: Bawang

  1. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis ke dalam bekas berasingan.
  2. Tambahkan tepung beras dan gaul hingga sekata.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan bawang.

Cara penyediaan:

  1. Letakkan ayam yang digoreng di atas pinggan kaca.
  2. Taburkan bawang.
  3. Ayam Goreng Bawang siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

 

Sumber: Instagram sheilarusly_jspictures

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram