Ayam snek

Resepi Ayam Gunting Pedas Enak Ala Pasar Malam, Makan Satu Pun Tak Cukup

Resepi Ayam Gunting Pedas Enak Ala Pasar Malam, Makan Satu Pun Tak Cukup

Ayam Gunting Pedas adalah salah satu snek yang selalunya dijual di kebanyakan pasar malam ataupun festival makanan. Tidak dapat dinafikan rasanya yang rangup dan cukup pedas dengan taburan serbuk cili tu memang confirm makan satu pun tak cukup. Kalau yang dah biasa beli, korang mesti dah tahukan harganya boleh tahan juga. Silap-silap hari bulan, sekeping tu orang akan jual RM8 ke RM13 ke atas.

Sebab itulah, hari ini kami nak kongsikan pada anda macam mana untuk masak sendiri ayam gunting ni di rumah. Bajet yang kita keluarkan sangat murah tapi boleh dapat portion lagi besar! Kalau ‘hantu pedas’, boleh taburkan lagi banyak serbuk cili ikut citarasa korang.

Resepi Ayam Gunting Pedas

Bahan-bahan

  • 2 keping ayam bahagian dada
  • 2 sb sos tiram
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 50 ml susu segar
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 4 sk serbuk cili
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih (secukupnya)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • minyak masak secukupnya

Cara memasak

  1. Potong dada ayam menjadi dua bahagian dan ketuk sehingga nipis. Ketepikan.
  2. Kemudian, campurkan telur, sos tiram, garam dan susu segar. Kacau sebati.
  3. Masukkan ayam ke dalam campuran tersebut dan perap selama 15-30 minit.
  4. Sementara itu, campurkan tepung gandum, tepung beras, lada hitam, serbuk kunyit dan serbuk cili. Satukan hingga sebati.
  5. Kemudian, salutkan ayam dengan tepung dan lalu celup pula dalam campuran telur.
  6. Salutkan sekali lagi dengan tepung. Goreng ayam pada suhu sederhana sehingga perang keemasan.
  7. Toskan lebihan minyak, taburkan serbuk cili dan serbuk lada sulah.
  8. Gunting ayam tersebut kepada beberapa bahagian. Ayam Gunting Pedas siap untuk dinikmati.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes

Welcome to Rasaflix

Install
×