Ayam Netizen

Resepi Ayam Kicap Pedas Lain Dari Yang Lain, Makan 1 Confirm Tak Cukup

Resepi Ayam Kicap Pedas Lain Dari Yang Lain, Makan 1 Confirm Tak Cukup
Jawatan Kosong baker & pastry

Juadah Ayam Masak Kicap memang sangat sinonim dengan kanak-kanak sebab rasanya tak berapa pedas. Tapi menariknya resepi kali ni, cili padi dan cili merah ditambah untuk sesuaikan dengan citarasa orang dewasa. Rasa pedas-pedas manja di lidah bikin kening terangkat!

BACA: Senang Je Masak Ayam BBQ Madu Berempah Sendiri, Confirm Juicy!

Sebenarnya, lauk macam ni lagi menyelerakan tau! Cara memasaknya pun mudah dan tak complicated. Kombinasi rasa manis dan pedas tu, boleh buat orang tambah nasi berpinggan-pinggan. Bak kata Puan Maya Miera ni, makan satu pun tak cukup.

Resepi Ayam Kicap Pedas Lain Dari Yang Lain, Makan 1 Confirm Tak Cukup
Kredit Foto: Mayamiera

Resepi Ayam Kicap Pedas

Bahan-bahan:

  • 12 ketul ayam (dicuci bersih)
  • 2 s.b biji ketumbar
  • 6 biji bawang putih
  • Kunyit
  • Garam
  • Daun kari
  • Daun salam
  • 2 s.b kicap manis
  • 1 s.b sos tiram
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit halia
No photo description available.
Kredit Foto: Mayamiera

Cara memasak:

  1. Kisarkan biji ketumbar bersama bawang putih hingga halus dan ketepikan.
  2. Masukkan ayam, kunyit dan garam ke dalam bekas.
  3. Tambahkan bahan yang dikisar dan kacau hingga sekata.
  4. Perapkan ayam selama 30 minit di dalam peti ais.
  5. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng ayam yang diperap.
  6. Masak hingga garing dan ketepikan terlebih dahulu.
  7. Tumbukkan cili padi, cili merah, halia, bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
  8. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  9. Masukkan kicap manis dan sos tiram.
  10. Perasakan dengan sedikit garam.
  11. Tambahkan ayam yang digoreng dan gaul rata.
  12. Ayam Kicap Pedas siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Resepi Ayam Kicap Pedas Lain Dari Yang Lain, Makan 1 Confirm Tak Cukup
Kredit Foto: Mayamiera
No photo description available.
Kredit Foto: Mayamiera
May be an image of text that says "mayamiera"
Kredit Foto: Mayamiera
No photo description available.
Kredit Foto: Mayamiera
No photo description available.
Kredit Foto: Mayamiera
No photo description available.
Kredit Foto: Mayamiera

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook