Ayam Chinese Style

Resepi Ayam Lemon Madu Rangup, Rasa Masam-Masam Manis Yang Memikat Hati

Jawatan Kosong baker & pastry

Ayam Lemon Madu merupakan salah satu menu popular di kebanyakan restoran Cina. Namun unik sekali, keenakan makanan ini juga memikat selera orang Melayu malah resepi asalnya boleh divariasikan mengikut citarasa anda. Dengan gabungan parutan kulit lemon serta rasa masam-masam manis dan pedas itu memang ‘terangkat’ lagi-lagi dilawankan dengan nasi panas.

Buat suri rumah tangga yang dah buntu nak masak apa lagi untuk keluarga di rumah, jom sekali sekala kita cuba buat hidangan ini. Kerangupan ketulan ayam bersama sos yang sedap itu pasti membuatkan anda jatuh hati. Okey, selamat mencuba guys!

Resepi Ayam Lemon Madu

Bahan-bahan (Perapan)

  • 2 bahagian dada ayam (dihiris)
  • 1 sk garam
  • 1 sk lada hitam
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 cwn tepung jagung (coating)
  • 3 sb kicap cair
  • minyak masak (secukupnya)

Bahan-bahan (Kuah)

  • 2 biji lemon (diparut kulit & diperah jus)
  • 2 sk tepung jagung
  • 2 sk tepung kastard
  • 3 sk gula
  • 2 sb madu
  • 1/2 cwn air panas

Cara memasak

  1. Perap hirisan dada ayam bersama tepung jagung, telur dan kicap cair.
  2. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  3. Perap ayam selama 30 minit.
  4. Salutkan ayam perap tadi dengan tepung jagung.
  5. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan toskan minyak.
  6. Kuah: Campurkan kulit lemon yang diparut, jus lemon, tepung kastard, tepung jagung, gula, madu dan air panas. Kacau rata.
  7. Tuangkan dalam kuali dan masak sehingga kuah pekat.
  8. Tuangkan ayam yang digoreng ke dalam kuah dan gaul rata. Angkat.
  9. Ayam Lemon Madu siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook