Kek Kuih Muih Netizen

Resepi Bahulu Ala-Ala Cupcake, Jom Meriahkan Lagi Meja Kuih Raya Anda

Resepi Bahulu Ala-Ala Cupcake, Jom Meriahkan Lagi Meja Kuih Raya Anda
Jawatan Kosong baker & pastry

Bahulu merupakan antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Ada pelbagai variasi cara untuk makan kuih ini dan yang paling onzzz mestilah cicah ke dalam kopi panas. Jika anda ingin jamu sesuatu yang unik pada hari raya, boleh cuba resepi Bahulu Ala-Ala Cupcake ini.

BACA: Bajet Tak Sampai RM10, Ini Rupaya Cara Buat Kek Coklat Karamel Yang Sedap

Dengan hanya menggunakan cawan kertas, anda masih lagi boleh dapatkan tekstur yang gebu dan lembut. Jom ikuti perkongsian special daripada Puan Azlina Ina. Pasti tetamu pun teruja melihat kemeriahan warna kuih yang daripada yang lain ni. Yang penting, confirm sedap!

May be an image of cupcake

Resepi Bahulu Cawan Berperisa

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur
  • 280g hingga 300g gula halus
  • 1 sb ovalette
  • 450g tepung gandum (Nota : disangai seketika supaya tidak mudah berkulat)
  • 1 sk baking powder 
  • 100g susu segar
  • 1 sb emolco (Nota: Mengikut perasa yang anda inginkan)
  • 1sb pewarna (Nota: Mengikut warna yang anda suka)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masukkan telur, gula halus, ovalette, tepung gandum, susu segar, emolco dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Gaul hingga sebati dengan menggunakan mixer.
  3. Naikkan volume mixer secara perlahan supaya bahulu akan menjadi gebu.
  4. Ambil dan masukkan ke dalam cawan kertas. (Nota: Jangan gunakan cup muffin untuk elakkan bahulu kecut).
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25 hingga 30 minit.
  6. Bahulu Cawan Berperisa siap untuk dihidang! Selamat mencuba.

May be an image of cupcake

May be an image of dessert and indoor

Sumber: Facebook Azlina Ina Fans

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook