Tidak dinafikan, Bihun Goreng Singapore ialah salah satu juadah yang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa kerana cara penyediaannya yang sangat senang. Bezanya dengan bihun goreng biasa yang lain adalah warnanya yang putih.
BACA: Resepi Bihun Sup Tulang Utara Original, Sedap & Lawankan Sambal Cili Merah
Walaupun tidak pakai cili kering yang dikisar, kita masih lagi boleh rasa pedas serbuk lada hitam yang digunakan tu. Jom ikuti resepi mudah yang disediakan oleh Cik Faraah Ayeen ni. Tak sampai 5 minit dah siap. Anak-anak pun terus berselera nak makan walaupun pada waktu sahur. Selamat mencuba!


Resepi Bihun Goreng Singapore
Bahan-bahan:
- Bihun (sepaket)
- Bawang merah (ditumbuk kasar)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 2 biji telur
- Sedikit garam dan lada sulah
- Cili merah (dihiris nipis)
Cara memasak:
- Pertama sekali, rebuskan bihun dalam air panas.
- Apabila bihun sudah lembut, keluar dan toskan.
- Setelah itu, panaskan minyak masak.
- Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan 2 biji telur.
- Gaul sebati bersama api sederhana kuat.
- Masukkan sedikit garam dan lada sulah.
- Kacau sebati dan sentiasa rasa masakan anda. (Nota: Jika kurang rasa, boleh tambahkan garam dan lada sulah sedikit demi sedikit).
- Akhir sekali, masukkan cili merah yang telah dihiris.
@faraahayeen37 Bahan paling mudahhh la kataaa 😄 5 minit siapp #resepi #resepisimple #resepibihungorengsingapore #fypdongggggggg #fyp
Sumber: Tiktok faraahayeen37
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi