Sup Netizen

Resepi Bihun Sup Tulang Utara Original, Sedap ‘Lawankan’ Sambal Cili Merah

Resepi Bihun Sup Tulang Utara Original, Sedap ‘Lawankan’ Sambal Cili Merah
Jawatan Kosong baker & pastry

Bihun Sup Utara memang popular dan digemari ramai. Kalau bihun sup biasa, selalunya ia berwarna putih. Tapi uniknya pula dengan sup orang utara, bihunnya berwarna kuning. Hidangan ini sangat sesuai dihidangkan sebagai menu berbuka puasa, hari perayaan ataupun kenduri kerana mudah dibuat.

BACA: Resepi Sup Tulang Siam Tapi Versi Ada Daging, Rasanya Memang Kaw Habis

Kalau nak tahu, Bihun Sup Utara biasanya dilawankan dengan sambal cili merah sebagai penyedap rasa. Lagi pedas, lagi menyengat! Jadi kali ni, kami nak share resepi original daripada Puan Zaini Talib yang menggunakan tulang sebagai bahan utama. Fuhh, memang terangkat habis! Tak perlu ke utara dah, buat sendiri je kat rumah lagi senang dan jimat.

Resepi Bihun Sup Tulang Utara

Bahan bahan: Bihun

  • 1 peket bihun
  • 1 sudu makan serbuk kunyit

Cara memasak:

  1. Rebus bihun dalam air yang mendidih dan tambah serbuk kunyit sedikit.
  2. Apabila bihun sudah lembut, tapiskan dan bilas dengan air paip.

Bahan-bahan: Sup Tulang

  • 1 kilo tulang (dicampur sedikit daging pejal atau lemak)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Halia 2 atau 3 inci (diketuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Setengah sudu kecil bunga cengkih (ditumbuk kasar)
  • Setengah sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 3 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit batang daun sup

Cara Memasak:

  1. Tuangkan air hingga menutupi daging.
  2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  3. Rebus sehingga empuk, kemudian masukkan garam atau perasa.
  4. Setelah sup siap dimasak, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup.

No photo description available.

Bahan-bahan: Sambal Cili Merah

  • Cili kering yang telah siap dikisar atau cili boh
  • Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil (ditumbuk)
  • Asam keping atau air asam jawa
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak:

  1. Pertama sekali, tumiskan bawang.
  2. Kemudian, masukkan cili. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan asam keping atau air asam jawa.
  4. Tambahkan garam dan gula (Boleh gantikan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula).

Bahan-bahan sampingan:

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Tauhu digoreng

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Zaini Talib via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram