Musim PKP ni, ramai yang memilih untuk berjimat dan ‘terjun’ sendiri ke dapur untuk membuat kuih raya. Jadi, kali ni kami kongsikan resepi Biskut German Butter Pelangi atau Biskut Kentang yang sangat senang untuk dibuat. Hanya dengan lima bahan, dah siap biskut raya yang kaya dengan rasa lemak, gebu dan cair di mulut!
Untuk yang masih tercari-cari idea biskut raya yang ringkas tapi istimewa, boleh cuba resepi Biskut German Butter Pelangi ni. Hidangkan di pagi raya mesti sekelip mata je licin sebalang! Apa lagi ditunggu, selamat mencuba dan selamat hari raya.
Resepi Biskut German Butter Pelangi
Bahan-bahan
- 250 gm mentega (suhu bilik)
- 2 cwn tepung gandum
- 1 1/2 cwn tepung kentang
- 3/4 cwn gula aising
- Pewarna makanan (kuning, ungu, hijau, biru, merah)
Cara memasak
- Menggunakan mixer, pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang dan bertukar warna kuning pucat.
- Masukkan tepung gandum dan tepung kentang. Gaulkan rata.
- Kemudian, keluarkan dan uli doh sehingga sebati. Bahagikan doh sama rata kepada lima bahagian.
- Tambahkan pewarna merah secukupnya ke dalam bahagian doh yang pertama. Uli sehingga warna doh menjadi sekata.
- Ulang proses yang sama untuk bahagian doh seterusnya dengan menggunakan pewarna kuning, ungu, hijau dan biru.
- Setelah itu, bentukkan setiap doh menjadi bulatan kecil dan susun di atas dulang pembakar.
- Tekan bahagian atas doh dengan menggunakan garfu untuk menghasilkan corak.
- Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit.
- Siap dibakar, biarkan biskut sejuk seketika di atas cooling rack sebelum disimpan ke dalam bekas.
- Biskut German Butter Pelangi siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi