Biskut raya yang unik ini sering menjadi perhatian ramai kerana bentuknya yang panjang dan nipis seperti lidah kucing. Lebih menarik lagi, biskut ini mempunyai warna pelangi terang dengan tekstur yang amat rangup apabila dimakan. Sekali ngap memang tak perasan dah separuh bekas!
Bentuk biskut ini sebenarnya terhasil mengikut jenis acuan yang digunakan. Macam susah tapi tak rugi cuba dulu resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga ni. Confirm puas hati dengan hasilnya nanti. Selamat mencuba!
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga
Bahan-bahan
- 250 gm mentega
- 200 gm tepung gandum
- 50 gm tepung jagung
- 1 sb esen vanila
- 1 sb emplex
- 3 biji putih telur
- pewarna makanan (merah jambu, oren, biru, ungu, hijau dan kuning)
- 1/2 cwn gula kastor
Cara memasak
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
- Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
- Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan emplex. Kacau semua bahan sehingga tercampur rata.
- Kemudian, asingkan adunan menjadi enam bahagian.
- Warnakan setiap satu bahagian dengan pewarna makanan dan kacau sehingga warna sekata.
- Masukkan setiap adunan ke dalam piping beg tersendiri.
- Paipkan ke atas loyang satu persatu sehingga membentuk bunga.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 150°C selama 15-17 minit.
- Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga siap untuk dihidangkan.
Nota: Biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan biskut lemau.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi