Kek Netizen Pencuci Mulut

Resepi Cheesekut Classic, Tak Payah Gigih Nak Bakar Dalam Oven Pun!

Jawatan Kosong baker & pastry

Selalunya kalau nak makan apa-apa manisan atau kek mesti keluar beli di bakeri atau kafe. Tidak dinafikan rasanya sangat luxury tapi harganya pun mestilah mahal juga, kan? Sebenarnya boleh je nak buat dekat rumah. So, nak tak kalau hari ni kita cuba buat Cheesekut Classic yang sangat sedap ni?

BACA: Kek Coklat Moist Sedap Super Gebu, Satu Suapan Nikmat Tak Terkata

Puan Imah Halimah dah siap kongsikan Resepi Cheesekut Classic untuk anda cuba buat hari ni. InsyaAllah confirm menjadi! Sesekali buat dekat rumah sendiri, anak-anak mesti suka tak terkata!

Resepi Cheesekut Classic, Tak Payah Gigih Nak Bakar Dalam Oven Pun!
Gambar sekadar hiasan

Resepi Cheesekut Classic

Bahan-Bahan:

  • 250g krim keju
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/2 paket biskut
  • Serbuk oats

Resepi Cheesekut Classic, Tak Payah Gigih Nak Bakar Dalam Oven Pun!

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, pukul krim keju hingga kembang menggunakan hand mixer atau cuma whisker.
  2. Kemudian, masukkan susu pekat manis dan susu segar serta gaul hingga sebati.
  3. Sementara itu, celupkan biskut ke dalam susu segar sehingga separa lembut dan susunkan ke dalam bekas.
  4. Lapiskan biskut dengan adunan krim keju secara berselang-seli sehingga lapisan akhir.
  5. Taburkan pula serbuk oats sebagai hiasan ke atas permukaan lapisan yang terakhir.
  6. Kemudian, sejukkan ke dalam peti ais selama lebih kurang 3-4 jam.
  7. Cheesekut Classic siap untuk dipotong dan dihidang. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Imah Halimah via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram