Netizen Lauk

Resepi Chili Butter Clams, Jom Masak Shellout Mewah Kat Rumah Je!

Resepi Chili Butter Clams, Jom Masak Shellout Mewah Kat Rumah Je!
Jawatan Kosong baker & pastry

Chili Butter Clams atau Kepah masak Butter Cili ini merupakan salah satu menu top yang wajib dipesan setiap kali singgah ke restoran. Rasa creamy, pekat dan pedas memang sangat menyelerakan! Selain dimakan bersama nasi, ia juga enak dinikmati dengan garlic bread.

BACA: Mudahnya Buat Mushroom Soup Sendiri, Lemak Berkrim & Sebijik Kat Restoran

Pasti ramai di luar sana yang anggap hidangan ini mungkin agak leceh untuk dimasak di rumah. Haa jangan risau sebab kami ingin kongsikan resepi istimewa oleh Dr. Kamarul Ariffin. Yang penting, rasanya setanding seperti restoran terkenal di luar.

May be an image of food and indoor

Resepi Chili Butter Clams

Bahan-bahan:

  • 1kg kepah
  • 8 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 s.b. chili flakes
  • 2 s.b. butter
  • 2 cawan susu
    (Nota: Anda boleh tukarkan dengan 1 cawan krim masakan)
  • 1 s.k. oregano
  • Sedikit garam dan gula

188837525 10159320227998351 7501015289243611963 n.jpg? nc cat=104&ccb=1 3& nc sid=8bfeb9& nc ohc=WlrKNv0j0HsAX9h KNx& nc ht=scontent.fkul14 1

193558199 10159320229798351 3989768094747878310 n.jpg? nc cat=105&ccb=1 3& nc sid=8bfeb9& nc ohc= mkyPCuvFcEAX9885xT& nc ht=scontent.fkul14 1

Cara memasak:

  1. Cuci kepah hingga bersih dan rendam di dalam air suam.
  2. Pastikan belahan kepah terbuka sedikit dan ketepikan terlebih dahulu.
  3. Panaskan minyak masak bersama butter di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau.
    (Nota: Gunakan api sederhana kecil).
  4. Tambahkan daun kari dan chili flakes.
    (Nota: Tambahkan kuantiti chili flakes jika anda suka pedas).
  5. Masukkan susu dan masak hingga pekat.
  6. Perasakan dengan gula dan garam.
  7. Tambahkan kepah yang sudah direndam tadi dan gaul hingga rata.
  8. Masak selama 3 hingga 5 minit.
  9. Tutup menggunakan penutup kuali seketika untuk pastikan air kepah keluar.
  10. Kemudian, kacau rata dan tutupkan api.
  11. Taburkan daun ketumbar dan parutan kulit lemon.
  12. Butter Kepah Cili siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

189579984 10159320230183351 4253714765703994917 n.jpg? nc cat=109&ccb=1 3& nc sid=8bfeb9& nc ohc=FyIG x0eVxcAX FXHFK& nc ht=scontent.fkul14 1

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook