Pencuci Mulut Netizen

Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka Di Rumah, Comel & Gebu Menawan Kalbu

Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka Di Rumah, Comel & Gebu Menawan Kalbu
Jawatan Kosong baker & pastry

Keenakkan Kek Pandan Gula Melaka memang tidak boleh dinafikan lagi. Bukan sahaja warna hijau yang menggiurkan, malah tekstur gebu dan lemak manis filling cream cheese turut menawan kalbu!

BACA: Cara Paling Senang Buat Kek Pisang, Confirm Gebu &  Sedap Rasanya!

So apa kata ikut resepi Kek Pandan Gula Melaka oleh Puan Azlina Ina ni. Kalau selama ini anda selalu jumpa yang bersaiz besar, menariknya resepi ini kerana ia dihidang menggunakan cawan kertas. Bentuknya yang comel pasti buat anak-anak excited! Sangat mudah dan tak perlu pergi ke bakeri dah.

May be an image of cupcake

Resepi Cupcakes Pandan Gula Melaka

Bahan-bahan: Kek Gula Pandan

  • 10 biji telur
  • 300 hingga 350 gula halus (Nota: Boleh tambahkan kuantiti gula jika anda suka manis)
  • 1 s.b. ovalette
  • 440g tepung penaik
  • 125g susu segar
  • 1 s.b. emulco kelapa pandan
  • 1 s.b. pewarna hijau
  • 150g majerin (Nota: Cairkan di dalam microwave).

Bahan-bahan: Filling Cream Cheese

  • Cream cheese
  • Whipping cream
  • Gula ising

Bahan-bahan: Sos Gula Melaka

  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • 1 cawan air

Cara memasak:

  1. Kek Gula Pandan: Campurkan telur, gula halus, ovalette, tepung penaik, susu segar, emulco dan pewarna hijau di dalam mesin pengadun.
  2. Kacau pada kadar volume rendah hingga semua bahan sebati.
  3. Naikkan kadar volume sehingga sebatian menjadi gebu.
  4. Tambahkan majerin dan kacau menggunakan spatula hingga sekata.
  5. Letakkan cawan kertas di dalam loyang dan cedokkan adunan ke dalamnya.
  6. Bakar adunan pada suhu 170 darjah selama 25 minit.
  7. Cream Cheese Filling: Gaulkan cream cheese, whipping cream dan gula ising hingga sebati.
  8. Kemudian, tambahkan whipping cream dan pukul hingga kental.
  9. Isikan di dalam piping bag dan ketepikan dahulu.
  10. Sos Gula Melaka: Hancurkan gula melaka dan masukkan ke dalam periuk.
  11. Tambah sedikit air bersama daun pandan.
  12. Masak sehingga gula melaka cair. (Nota: Gunakan api kecil).

May be an image of food and indoor

No photo description available.

May be an image of cake

May be an image of cupcake

May be an image of cupcake and indoor

May be an image of cupcake

May be an image of dessert and indoor

Cara penyediaan:

  1. Paipkan filling cream cheese ke atas cupcakes yang siap dibakar tadi.
  2. Tambahkan sos gula melaka di atasnya.
  3. Cupcakes Pandan Gula Melaka siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of cupcake

Sumber: Facebook Azlina Ina Fans

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook