Daging Masak Merah antara salah satu menu wajib yang akan dipesan apabila pergi ke kedai masakan Siam. Rasa manis dan pedas ‘manja’ daripada campuran pelbagai sos dan cili padi memang padu! Tambah-tambah kalau makan bersama tomyum dan telur dadar, terangkat weh.
BACA: Teringin Nak Makan Kentang Bakar Daging? Ikut Resepi Padu & Mudah Ni!
Dengan rupa daging yang bewarna merah ni confirm dapat buka selera ramai. Tapi susah nak dapat rasa yang sedap sama seperti di kedai. Tapi kini jangan risau kerana kami ingin kongsikan resepi istimewa daripada saudari Liza Idris ni. Apa yang pasti, anak dan suami mesti jatuh cinta sebab ia memang mengiurkan!

Resepi Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
- 300g daging
- 1 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 4 biji cili api
- 1 batang serai
- 1 batang lobak merah
- 5 helai daun limau purut
- 2 biji tomato
- 3 s.b cili kisar
- 3 s.b sos cili
- 2 s.b sos tomato
- 2 s.b sos tiram
- 1 s.b sos ikan
- Daun sup

Cara memasak:
- Pertama sekali, rebuskan daging terlebih dahulu. (Nota: Anda juga boleh letakkan sedikit pewarna merah).
- Kemudian, potongkan daging dan ketepikan air rebusan. (Nota: Jangan buang air rebusan daging kerana akan digunakan nanti).
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging.
- Apabila daging sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang dicincang halus hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
- Tambahkan daging yang digoreng bersama sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- Masukkan serai dan lobak merah.
- Kacau hingga sekata.
- Tambahkan 3 senduk air rebusan dan cili padi. (Nota: Kuantiti cili padi mengikut tahap kepedasan yang anda suka).
- Masukkan daun limau purut dan sos ikan.
- Kacau sehingga kuah mula menjadi pekat dan tambahkan tomato bersama bawang holland.
- Akhir sekali, taburkan daun sup.
- Daging Masak Merah Ala Thai siap untuk dihidang. Selamat mencuba!



Sumber: Facebook Liza Idris
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi