Kuih Muih Pastri Pencuci Mulut

Resepi Donut Susu Gebu Viral Sukatan Cawan yang Senang dan Confirm Jadi!

Resepi Donut Susu Gebu Viral Sukatan Cawan yang Senang dan Confirm Jadi!
Jawatan Kosong baker & pastry

Sejak akhir-akhir ni, donut susu jadi semakin viral. Asal buka je Instagram, Facebook atau TikTok mesti akan nampak posting pasal donut susu viral ni. Nak beli kena beratur panjang pula. Kadang tu dah beli ada yang dah keras dan tak gebu dah. Kalau dapat yang gebu dan sedap tu dikira bonus la.

Tapi, sekarang dah tak perlu susah-susah untuk cari donut susu yang betul-betul sedap dan gebu. Doppopastry ada kongsikan resepi donut susu di TikTok. Mudah je untuk ikut resepi yang beliau kongsikan sebab menggunakan sukatan cawan je. Doppopastry juga adalah peniaga bomboloni dan desserts di Seri Kembangan.

Jom kita cuba resepi donut susu viral yang mudah ni!

Resepi Donut Susu Gebu Viral Sukatan Cawan yang Senang dan Confirm Jadi!

Resepi Donut Susu Gebu Viral Sukatan Cawan yang Senang dan Confirm Jadi!

Bahan-bahan : 

  • 1 paket yis
  • 3 cawan tepung gandum
  • 5 sb gula pasir
  • 2 sb marjerin (cairkan)
  • 1 biji telur
  • 3 sb susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • Gula kastor
  • Susu tepung

Cara-caranya :

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk besar.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan air suam diikuti dengan gula pasir. Kemudian, masukkan susu pekat.
  3. Gaul sampai gula hancur dan sebati.
  4. Dah sebati, masukkan yis dan kacau lagi sehingga sebati. Biarkan selama 10 minit.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit dan masukkan ke dalam marjerin yang telah dicairkan sebentar tadi.
  6. Masukkan campuran marjerin dan telur ke dalam mangkuk campuran yis tadi. Kacau sebati.
  7. Masukkan bahan yang dikacau tadi ke dalam mangkuk besar berisi tepung gandum. Gaulkan lagi sehingga sebati.
  8. Ketepikan doh selama 30-45 minit. Biarkan kembang.
  9. Apabila doh dah kembang, taburkan tepung gandum atas meja bersih dan keluarkan doh dari mangkuk.
  10. Gelekkan doh sehingga rata tapi jangan terlalu nipis atau tebal.
  11. Tekapkan guna acuan donut. Tunggu doh kembang dan terus goreng.
  12.  Angkat dan toskan minyak. Kemudian, salutkan dengan campuran susu tepung dan gula kastor ikut selera masing-masing.
  13. Selamat mencuba!

Tips berguna :

  • Goreng dengan api perlahan dan panas.
@doppopastry

jom buat donut susu. alhamdulillahh, hari jumaat ni kita share resepi donut susu yg viral skrg 😍 patut laa org sanggup beratoq! sedap yakmatt!! hampa wajib tryy weiii, makan panas panass tuu nikmatt 🤤 #donutsusu #donutsusuviral #donutsusugebu #resepidonut #donutgebugebas #fyppppppppppppppppppppppp #donutviral #donutgebu #tiktokmalaysia #viral #foryoupage #fypシ #tiktokviral #viraltiktok #fypdongggggggg #fyp

♬ original sound – Doppopastry – Doppopastry

Sumber : TikTok Doppopastry

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook