Dorayaki adalah salah satu manisan berasal dari Jepun yang popular menerusi animasi ‘Doraemon’. Sebenarnya, Dorayaki adalah pancake madu berintikan kacang merah. Cumanya untuk resepi kali ini, kita akan gantikan inti tersebut dengan jem coklat Nutella yang sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak.
Lebih menyeronokkan lagi, mak-mak boleh juga ajak anak untuk sama-sama masuk dapur buat Dorayaki gebu ni. Dengan aktiviti ini, bolehlah mereka belajar benda baru. Jangan buang masa lagi, selamat mencuba guys!
Resepi Dorayaki Inti Coklat
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 80 gm gula kastor
- 1 sb esen vanila
- 180 gm tepung kek
- 1 sb serbuk penaik
- 4 sb susu segar
- Coklat Nutella (secukupnya)
Cara memasak
- Pecahkan telur di dalam mangkuk. Campurkan bersama gula kastor dan esen vanila.
- Pukul seketika sehingga gula larut. Kemudian, ayak tepung kek dan serbuk penaik ke dalam campuran tadi.
- Masukkan susu segar dan gaul sehingga adunan sebati.
- Biarkan adunan selama 10 minit sehingga buih-buih kecil terhasil.
- Sementara itu, panaskan pan pada api sederhana dan tuangkan satu senduk adunan.
- Biarkan adunan masak seketika hingga keperangan.
- Terbalikkan supaya permukaan satu lagi masak. Angkat dan ulang step di atas.
- Sapukan coklat Nutella lalu ‘kapitkan’ 2 keping pancake dengan kemas.
- Dorayaki Gebu Berintikan Coklat siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi