Ayam Lauk Netizen

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau tengok ayam, mesti dah naik buntu nak masak lauk apa kan? Setiap minggu asyik recycle lauk ayam yang sama je. Apa kata hari ni, anda cuba buat resepi Ayam Tumis Serai hasil perkongsian daripada Puan Noratiqah Nordin yang sangat sedap ni.

BACA: Resepi Ayam Masak Merah Ala Kampung, Dijamin Sedap & Menjadi!

Aroma hasil tumisan serai tu boleh mengiurkan sesiapa sahaja. Yang paling best, cili padi ditambah sebagai salah satu bahan utama untuk berikan rasa pedas mengancam. Lagi syiookkk! Walaupun hidangan ni simple, tapi mesti dapat pujian daripada ‘cik abang’!

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

Resepi Ayam Tumis Serai

Bahan-bahan:

  • Cili padi (Nota: Kuantiti mengikut tahap kepedasan yang anda inginkan).
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau
  • 2 s.b sos tiram
  • 1/2 ekor ayam
  • Sedikit garam dan gula
  • Air

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

Cara memasak:

  1. Kisarkan cili padi dan bersama bawang merah hingga halus dan ketepikan.
  2. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit.
  3. Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng ayam hingga separuh masak.
  4. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
  5. Gunakan minyak yang sama, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  6. Masukkan serai, daun limau, sos tiram dan ayam yang digoreng tadi.
  7. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  8. Tuangkan sedikit air dan masak seketika.
  9. Ayam Tumis Serai siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm ‘Cik Abang’ Puji Melambung

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook