Florentine merupakan biskut raya yang sangat digemari dek kerana gabungan rasanya yang manis dan berkacang rangup. Kalau nak tahu, bahan untuk menghasilkan biskut ini agak mahal. Sebab harga tepung khas yang digunakan iaitu tepung Florenta jauh lebih tinggi dari tepung biasa. Patutlah ada yang cakap florentine ni biskut mewah!
Selalunya, biskut florentine dihasilkan berbentuk petak. Tambahan untuk resepi ini kami kongsikan cara untuk menghasilkan biskut florentine berbentuk bulat dan cantik. Jom cuba dulu, dah mahir boleh buat banyak-banyak untuk tetamu raya nanti.
Resepi Biskut Florentine
Bahan-bahan
- 300 gm tepung florenta
- 100 gm kuaci putih
- 100 gm kepingan badam
- 100 gm bijan hitam
- 100 gm bijan
- 100 gm walnut
- 100 gm biji labu
Cara memasak
- Bakar kuaci putih, kepingan badam, walnut, dan biji labu di dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 5 minit.
- Kemudian, campurkan bijan hitam, bijan, tepung florenta dan kekacang yang telah dibakar sehingga sebati.
- Tuangkan campuran tersebut ke dalam acuan kek cawan kertas untuk bentuk bulat dan loyang yang dialas baking paper untuk bentuk petak.
- Bakar selama 10-15 minit pada suhu 160°C.
- Biskut Florentine Berkacang Rangup siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi