Netizen Roti Sarapan

Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!

Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Jawatan Kosong baker & pastry

Biasanya kalau beli sebuku roti tu lambat saja nak habis, dah sampai tarikh luput pun masih lagi ada baki. Cuba hari ini, kita buat Garlic Spread, nak? Boleh sapu pada roti yang lebih-lebih tu dan cicah dengan sup cendawan.

BACA: Confirm Sedap Bau Semerbak, Jom Buat Roti Korean Garlic Cheese Di Rumah

Rasanya sangat sedap, guys! Aroma dari gabungan bawang putih yang ditumis bersama mixed herbs dapat menaikkan lagi rasanya. Ikut saja Resepi Garlic Spread yang dikongsi oleh Puan Afy Al Habibi ni. Boleh buat untuk sarapan, mudah dan ringkas saja cara membuatnya. Jom kita mula!

Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi

Resepi Garlic Spread

Bahan-Bahan:

  • 8 sudu besar butter
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu besar serbuk mixed herbs 
  • Roti ban
  • 2 paket sup cendawan instant
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi

Cara Membuat:

  1. Tumiskan bawang putih bersama sedikit butter sehingga naik bau. (Nota: Tidak perlu sehingga garing, cukup sekadar naik bau)
  2. Kemudian, masukkan serbuk mixed herbs ke dalam kuali dan gaul rata.
  3. Tutup api, angkat dan sejukkan.
  4. Seterusnya, masukkan butter ke dalam bekas yang berisi bawang putih. Gaul hingga sebati.
  5. Sapukan Garlic spread ke atas permukaan roti bun dan bakar sekejap.
  6. Tuangkan air panas ke dalam cawan atau mangkuk yang berisi serbuk sup cendawan instant.
  7. Garlic Spread siap disapu pada roti untuk dicicah bersama sup cendawan instant. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi
Resepi Garlic Spread Versi Homemade, Campak-Campak Terus Boleh Siap!
Kredit foto: Afy Al Habibi

 

Sumber: Facebook Afy Al Habibi 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram