Kuih Muih Pencuci Mulut

Resepi Homemade Kuih Tepung Pelita Lemak Manis, Sedap Macam Beli Kat Bazar

Jawatan Kosong baker & pastry

Tepung Pelita merupakan pencuci mulut yang sangat laku keras lagi-lagi bila dijual di bazar Ramadan. Kena datang awal, kalau tak gigihlah kita semua nak beratur panjang. Gabungan rasa lemak manis santan serta aroma daun pandannya tu amat unik dan menyelerakan. Kalau dapat berbuka atau moreh dengan kuih ni, memang mantap!

Untuk resepi kali ni, kita tak pakai bekas yang daun pandan tau. Kita tukar sikit guna cawan kaca sebagai alternatif. Yela mana tahu korang susah nak menyimpul. Rasanya tak berubah langsung dan semestinya lepasni dah tak perlu bersesak nak beli di luar. Selamat mencuba!

Resepi Kuih Tepung Pelita

Bahan-bahan (Lapisan Pandan)

  • 1 cwn tepung beras
  • 1 cwn gula pasir
  • 4 cawan air + 10 helai daun pandan (kisar)

Bahan-bahan (Lapisan Santan)

  • 2 cwn santan
  • 1 cwn air
  • 4 sb tepung beras
  • 1/2 sk garam

Cara memasak

  1. Lapisan Pandan: Kisar air dan daun pandan sehingga halus. Tapiskan.
  2. Dengan menggunakan api kecil, masak air pandan, tepung beras dan gula.
  3. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak berketul. Ketepikan.
  4. Taburkan sedikit gula ke dalam cawan kaca. Tuangkan adunan lapisan pandan hingga memenuhi separuh cawan.
  5. Lapisan Santan: Masukkan air dan masak santan, tepung beras, garam secukup rasa dengan menggunakan api kecil.
  6. Kacau berterusan sehingga adunan santan menjadi pekat dan tidak berketul.
  7. Kemudian, tuangkan adunan ke atas lapisan pandan tadi. Sejukkan di dalam peti ais.
  8. Kuih Tepung Pelita siap untuk dihidangkan.

link youtube video

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook