Buat penggemar roti, mesti korang selalu rasa membazir kalau tarikh expired nak dekat tapi banyak tak habis lagi kan? Jangan risau, baki makanan tu boleh ditukar jadi puding roti tau! Lagi-lagi bila makan time sejuk mesti bertambah!
BACA: Resepi Roti Sosej Gulung Ala-Ala Bakeri, Jom Cuba Buat Sendiri Di Rumah
Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak, dan mudah saja didapati di kebanyakan kedai runcit. Jadi kalau anda nak cuba waktu berbuka puasa nanti, ikuti resepi perkongsian oleh Chef Danial Hadi. Mudah, ringkas dan sedap! Anak pun pasti suka.


Resepi Puding Roti
Bahan-bahan: Puding Roti
- 2 kotak susu coklat
- 2 biji telur
- 1 bungkus roti coklat kismis
Bahan-bahan: Sos
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 1/2 sudu tepung jagung
- 1 sudu tepung kastard
- 5 sudu gula
Cara-cara penyediaan: Puding Roti
- Lapik dulang dengan kertas penaik.
- Penyekkan roti di dalam dulang.
- Pukul 2 biji telur dan 2 kotak susu coklat hingga sebati.
- Tuang diatas roti, biarkan terendam dan kembang seketika.
- Bakar pada suhu 180c selama 10 minit.
- Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk.
Cara-cara penyediaan: Sos
- Campurkan bahan-bahan sos.
- Masak dengan api perlahan, kacau sehingga pekat dan kental.
- Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk.
- Potong dan hidangkan bersama sos berkrim.
Sumber: Facebook Chef Danial Hadi
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi