Netizen Food Style

Resepi Istimewa Air Asam ‘Ketagih’, Hari-Hari Makan Pun Tak Jemu!

Resepi Istimewa Air Asam ‘Ketagih’, Hari-Hari Makan Pun Tak Jemu!
Jawatan Kosong baker & pastry

Air Asam selalu dimakan bersama juadah ikan, ayam mahupun daging bakar. Walaupun cara penyediaannya simple, tapi bukan mudah untuk dapatkan hasil ramuan yang padu.

BACA: Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Padu, Memuaskan Sebijik Masakan Ala Kampung

Jom ikut resepi Air Asam Ketagih yang confirm sedap hingga mendapat beribu perkongsian di Facebook. Bahan yang diperlukan pun tak banyak dan mudah dijumpai di pasaraya. Bak kata Puan Afy Al Habibi, ia memang ‘ketagih’ sebab sekali rasa memang nak makan tiap-tiap hari!

No photo description available.
Kredit Foto: Afy Al Habibi

Resepi Air Asam Ketagih

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 1 1/2 gelas air asam jawa
  • Perahan air lemon

Cara memasak:

  1. Belahkan belacan kepada 2 bahagian dan bakar di atas non-stick pan.
  2. Kemudian, kisarkan bawang merah, bawang besar, tomato, bawang putih, perahan air lemon, cili padi hijau, cili padi merah bersama belacan yang dibakar.
  3. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula perang.
  4. Kisar hingga semua bahan menjadi lumat.
  5. Tuangkan di dalam bekas kedap udara dan boleh simpan di dalam peti sejuk.
  6. Air Asam Ketagih siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
No photo description available.
Kredit Foto: Afy Al Habibi
No photo description available.
Kredit Foto: Afy Al Habibi

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook