Lauk Ayam Netizen

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Jawatan Kosong baker & pastry

Bila sebut saja Ayam Masak Vanggey, ramai dah yang terbayang dengan kelazatan menu istimewa orang India ni. Gabungan rasa manis dan pedas tu mampu membuka selera. Kalau makan dengan nasi panas-panas, memang tak pandang kiri dan kanan dah.

BACA: Resepi Enak Ayam Tumis Serai, Confirm Cik Abang Puji Melambung

Penuh dengan rasa rempah, memang dijamin nikmat tak terkata! Jom ikuti perkongsian resepi Ayam Masak Vanggey oleh Puan Rani Genga ini. Rugi tak cuba tau, jom kita mula!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Ayam Masak Vanggey

Bahan Utama:

  • Ayam (Nota: Diperap bersama kunyit & garam terlebih dahulu)
  • 2 biji bawang besar
  • Serai
  • Daun kari
  • Rempah 5 sekawan
  • 2 biji tomato
  • 2 s.b. serbuk kari ayam
  • 1 s.b. serbuk cili
  • 1 cawan air
  • 6 s.b. gula merah
  • Garam

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Bahan Kisar:

  • 1 s.b. jintan manis
  • 1 s.b. jintan putih
  • Kayu manis
  • Bunga cengkih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 genggam cili padi
  • Halia (Nota: Kulit tidak perlu dibuang)
  • Bawang putih
  • 2 batang serai
  • 6 tangkai cili kering

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Cara Memasak:

  1. Gorengkan ayam ke dalam kuali berisi minyak yang penuh sehingga separa garing.
  2. Kemudian, tumiskan bawang, serai, daun kari dan rempah 5 sekawan hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan pula bahan-bahan kisar dan biarkan masak sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.
  5. Masukkan serbuk kari ayam, serbuk cili serta air dan gaul rata.
  6. Perasakan pula dengan gula merah dan garam secukupnya.
  7. Tunggu hingga masak dan pecah minyak.
  8. Akhir sekali, taburkan lagi daun kari ke atasnya bagi menambahkan aroma wangi.
  9. Ayam Masak Vanggey siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Resepi Istimewa Ayam Masak Vanggey Sedap ‘Terangkat’, Rugi Tak Cuba!

Sumber: Facebook Rani Genga via Masak Apa Hari Ni 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram