Jemput Sambal Terengganu atau dikenali juga sebagai Kuih Bom ini antara juadah yang popular di bazar Ramadan khususnya di negeri tersebut. Teksturnya yang kenyal dan rangup bersama inti isi ikan memang sedap habis!
BACA: Gebu Di Luar, Manis Di Dalam Begini Rupanya Cara Buat Kuih Tepung Gomak
Memandangkan aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan, mesti ramai yang rindu nak jamah kuih ini di kampung halaman. Tapi geng perantau jangan risau, sebab anda boleh cuba resepi khas oleh saudara Zaky Mat Ali di rumah masing-masing. Caranya sangat simple dan bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.

Resepi Jemput Sambal Terengganu
Bahan-bahan: Jemput-jemput
- 500g tepung pulut
- 80g tepung gandum
- 5 sudu kelapa parut
- 1 sk garam
- Air secukupnya
Cara memasak:
- Campurkan 500g tepung pulut, 80g tepung gandum, 5 sudu kelapa parut, 1 sudu kecil garam dan air secukupnya.
- Uli bahan-bahan tersebut hingga sebati.
Bahan-bahan: Sambal
- 1kg ikan selayang
- 200ml santan
- 5 biji bawang merah
- 2 inci halia
- 1 hiris asam keping
Cara memasak:
- Kukuskan 1kg ikan selayang.
- Apabila ikan siap dikukus, asingkan tulang dan tumbukkan isi ikan tersebut.
- Campurkan isi ikan selayang, santan, bawang merah, halia dan asam keping.
- Masak sehingga sambal kering.
Cara penyediaan:
- Masukkan sedikit sambal ke dalam doh yang sudah diuli.
- Bentukkan ia hingga menjadi bulat.
- Goreng ke dalam minyak yang panas.
- Jemput Sambal Terengganu siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Zaky Mat Ali via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi